Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 25th, 2007

islam-bism-allah-al-rahman-al-rahim.jpgBahawasanya Allah swt ada mempunyai 3000 (tiga ribu) nama iaitu:

(1) Sebanyak 1000 (seribu) nama – Allah Ta’ala memberi ketahui kepada malaikat- malaikat sahaja.

(2) Sebanyak 1000 (seribu) nama – Allah ta’ala memberi ketahui kepada Nabi-nabi sahaja.

(3) Sebanyak 300 (tiga ratus) nama ada tersebut di dalam Al-Taurat.

(4) Sebanyak 300 (tiga ratus) nama ada tersebut di dalam Al-Injil.

(5) Sebanyak 300 (tiga ratus) nama ada tersebut di dalam Al-Zabur.

(6) Sebanyak 99 (sembilan puluh sembilan) nama tersebut di dalam Al-Qur’an.

Dan 1 (satu) nama khas tersimpan di dalam pengetahuan Allah swt.

Sekalian makna nama-nama Allah Ta’ala yang 3000 (tiga ribu) itu ada terkandung di dalam ayat (Bismillahir rahmanir rahiem) dan jika siapa-siapa membaca Bismillahir rahmanir rahiem, nescaya mengurnia Allah swt kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurnia kepada orang yang membaca sekalian nama Allah swt yang 3000 (tiga ribu) itu.

 

Bersabda Nabi saw :

“Tiap-tiap urusan penting berharga, menjadi putus berkatnya jika tidak dimulai dengan ucapan : Bismillahir rahmanir rahiem”

(Hadis Riwayat Ar-Rahawy dalam Al Arbain).

 

“Tidaklah seseorang hamba membaca Bismillahir rahmanir rahiem melainkan hancurlah syaitan sebagai hancurnya timah di atas api”

(Hadis Riwayat As Sayuthy dalam Lubabul Hadis).

 

Read Full Post »

islam-mosquee-kahba.jpg“Diriwayatkan bahawa seorang lelaki dari Bani Israil mengumpul lapan puluh peti (berisi) kitab-kitab ilmu pengetahuan tetapi tidak diamalkannya isinya. Maka Allah s.w.t. mewahyukan kepada Nabi mereka supaya berkata kepada pengumpul tabut itu:

”Walaupun engkau himpun berbagai-bagai ilmu nescaya tidak bermanfaat bagimu melainkan engkau mematuhi tiga perkara:

1. Jangan mencintai dunia kerana ia bukan negeri orang-orang yang mukmin.

2. Jangan bersahabat dengan syaitan kerana ia bukanlah pendamping bagi orang- orang yang mukmin.

3. Jangan sekali-kali menyakiti seseorang kerana ia bukan perbuatan orang-orang yang mukmin”.

Firman Allah s.w.t. di dalam ayat 131 Surah Taha;

Ertinya:

”Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua-dua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu diakhirat lebih baik dan lebih kekal”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya:

”Dan diriwayatkan daripada Ali r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Siapa yang bertambah ilmunya dengan Allah, kemudian bertambah pula cintanya kepada dunia, maka bertambahlah kemurkaan Allah kepadanya”.

(Riwayat Abu al-Fath al-Azdi)

 

 

Read Full Post »

kabe-mekke-mecca-kaba-islam-holy-kutsal-hac-umre.jpgMaka, diriwayatkan daraipada Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Sesiapa sembahyang selama empat puluh hari dalam jemaah yang tidak luput dari takbiratul ihram, maka Allah menuliskan (mewajibkan) baginya dua kelepasan: kelepasan dari munafiq dan kelepasan dari neraka”.

(Riwayat Tirmizi)

Read Full Post »