“Diriwayatkan bahawa seorang lelaki dari Bani Israil mengumpul lapan puluh peti (berisi) kitab-kitab ilmu pengetahuan tetapi tidak diamalkannya isinya. Maka Allah s.w.t. mewahyukan kepada Nabi mereka supaya berkata kepada pengumpul tabut itu:
”Walaupun engkau himpun berbagai-bagai ilmu nescaya tidak bermanfaat bagimu melainkan engkau mematuhi tiga perkara:
1. Jangan mencintai dunia kerana ia bukan negeri orang-orang yang mukmin.
2. Jangan bersahabat dengan syaitan kerana ia bukanlah pendamping bagi orang- orang yang mukmin.
3. Jangan sekali-kali menyakiti seseorang kerana ia bukan perbuatan orang-orang yang mukmin”.
Firman Allah s.w.t. di dalam ayat 131 Surah Taha;
Ertinya:
”Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua-dua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu diakhirat lebih baik dan lebih kekal”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
”Dan diriwayatkan daripada Ali r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Siapa yang bertambah ilmunya dengan Allah, kemudian bertambah pula cintanya kepada dunia, maka bertambahlah kemurkaan Allah kepadanya”.
(Riwayat Abu al-Fath al-Azdi)
Leave a Reply