Siapa-siapa mengamalkan nama Allah s.w.t. “Al-Mughnii (Maha Pemberi kekayaan), Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Al-Fattah (Maha Pembuka), nescaya turunlah kepadanya berkat dengan mengurniai Allah s.w.t. kepadanya akan rezeki yang tiada terhingga banyaknya dengan mudah di dapatinya daripada mana-mana pihak. Dan siapa-siapa membaca pada makanan atau minuman, nescaya zohirlah bertambah-tambah berkat pada makanan dan minuman itu dengan terang-terangan dan siapa-siapa berkekalan menjadikan wirid membaca pada tiap-tiap hari 1,990 (Seribu sembilan ratus sembilan puluh) kali atau pada tiap-tiap lepas sembahyang membaca sebanyak 398 (tiga ratus sembilan puluh lapan) kali, nescaya jadilah ia seorang yang tiada merasai fakir selama-lamanya dan hasillah faedahnya bagaimana yang tersebut, iaitu hendaklah baca: Ya Allah – 3 (tiga) kali kemudian, Ya-Mughnii, Ya-Rozzaq, Ya-Fattah sebanyak yang tersebut.
Leave a Reply