Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2007

Cerita pasal Puasa

Puasa bukanlah suatu perkara yang baru, ia sama tua nya dengan sejarah manusia itu sendiri. Ia bermula dari moyang kita iaitu Adam dan Hawa, yang di ceritakan di dalam Al-Qur’an dan Perjanjian Lama, di larang memakan buah khuldi di dalam syurga. Kerana pelanggaran puasa itu lah yang mengakibatkan kita semua berada di atas bumi Allah s.w.t. ini. Bangsa-bangsa purba juga mempunyai tradisi puasa- seperti bangsa Mesir Purba, Yunani purba, Hindu purba, Bangsa Cina sehingga kini masih mengenal puasa. Begitu juga bangsa-bangsa primitif yang terdapat di Amerika, Afrika dan Asia yang mempuyai tradisi puasa masing-masing.

Dalam sejarah agama-agama besar puasa adalah merupakan salah satu ibadah yang penting. Allah s.w.t. telah mewajibkan puasa kepada umat-umat terdahulu melalui Rasul-rasul Allah. Puasa telah di wajipkan di dalam zaman Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa a.s. Dalam perjanjian lama kita dapat lihat umpamanya pada kitab Yesaya 58:3-6 dan Danial 10:2 dan dalam Perjanjian Baru Matius 6:16-17; 9:14-17; Lukas 5:33-38 dan Markus 2:18-22.

Bangsa Arab sebelum Islam, juga mengenal puasa. Berdasarkan riwayat Bukhary dari Aisyah r.a.; bahawa kaum Quraisy melakukan puasa ’Asyura (10 Muharram) pada zaman jahilliyah. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh kaum Muslimin berpuasa pada hari itu sehinggalah di wajibkan Puasa Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w. ”Barangsiapa hendak berpuasa (’Asyura), sila kanlah dan barangsiapa yang tidak mahu berpuasa (’Asyura) sila kanlah pula”.

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga berpuasa. Berdasarkan kajian, tumbuh-tumbuhan terutama yang berbiji belah (dicotyl) berpuasa pada setiap tahun pada musim gugur. Daun bukan sahaja berfungsi sebagai menahan pengwapan, menampung cahaya, menyerap udara malah berfungsi sebagai pengasimilasian serta mengatur makanan. Sesudah musim gugur, daun muda mulai tumbuh di susuli musim bunga dan berbuah. Bagi tumbuh-tumbuhan yang musim gugur daun nya tidak teratur, berakibat datangnya musim buah yang tidak sempurna pula. Kalau begitu jadinya pada tumbuh-tumbuhan, bagaimana pula keadaan manusia yang tidak sempurna puasa nya pula?

Bagi haiwan pula, misal nya ayam, berpuasa semasa menggerami telurnya. Biasanya ayam akan makan sangat sedikit dengan teratur apabila ia sedang menggerami telurnya. Bagi ayam yang makan dengan banyak ketika menggerami telurnya tidak dapat menetaskan telur-telurnya kerana perutnya telah menjadi sejuk akibat terlebih makan tadi.

Puasa dalam bahasa Arab di sebut ”shaumun” atau ”shiyaamun”, ertinya menahan diri dari segala sesuatu, seperti menahan tidur, menahan makan, menahan minum, menahan bercakap dan seterusnya. Menurut Istilah , puasa di tuju kan kepada menahan diri dari makan, minum dan berjima’ suami-isteri mulai dari terbit fajar sehinggalah sampai terbenam matahari dengan niat melaksana kan perintah Tuhan serta mengharapkan ke redhoan Nya.

Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang keempat. Hukumnya fardhu ’ain atas tiap muslim yang sudah baligh. Ia di syari’atkan pada tahun kedua Hijriyah, sesudah turunnya perintah solat dan zakat.

 

Advertisements

Read Full Post »

Sebagai penjaga diri pada tiap-tiap hari manakala hendak berjalan hendaklah di jampi dengan perkataan ini : Bismillahirrohmanirrohim, Allah payung aku, Jibrail kota aku, mailaikat 44 pagar aku, aku berjalan dengan kuasa Allah, aku melenggang dengan melenggang Muhammad, bukan kata aku, kata ALLah dengan berkat doa Laa illaaha illallaah Muhammadur Rasulullah.


Read Full Post »

Kalau hendak menguji sesuatu urusan yang kita hendak jalankan itu boleh menjadi atau tidak, hendaklah di ambil lidi di jengkal dengan jari kita satu jengkal kemudian di baca Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga ( 3 ) kali sambil di niatkan hajat kita tadi. Sekiranya terpanjanglah sedikit bilah itu daripada jengkal asal itu maka bolehlah menjadi dan ada harapan berjaya, tetapi kalau terpendek alamat tak boleh menjadi atau tidak ada harapan berjaya.

Wallahualam bissawab.

Read Full Post »

Apabila kita hendak menghadap seseorang supaya ia mahu mendengar cakap kita dan makbul apa-apa permintaan kita, mahulah kita jampi sewaktu sampai di pintu rumahnya iaitu : ”Bukan aku pijak tanah, aku pijak kepala engkau”. Apakala berhadapan dengannya sambil di patahkan jari –jari kita mahulah di jampi: ”Bukan aku patah jari aku, tetapi aku patah hati perut engkau”.

Wallahualam bissawab.

Read Full Post »

Menurut petuanya, supaya berkat di dalam perjalanan, jika pada (hari Ahad) mahulah di basuh muka sebelum melangkah supaya mendapat keuntungan, jika pada (hari Isnin) tidur dahulu sebentar. Jika pada (hari Selasa) minum air sedikit dahulu. Jika pada (hari Rabu) makan nasi dahulu. Jika pada (hari Khamis) ambil abu di tabur dahulu. Jika pada (hari Jumaat) mahulah bergurau-gurau dahulu. Jika pada (hari Sabtu) mahulah bernafas kuat dari pihak kanan. Wallahualam bissawab.

 

Read Full Post »

MAKLUMAN

assalammualaikum…

alivewire @ Mr. Laer akan bercuti dari menulis blog ini di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Buat semua pengunjung blog ini, selamat menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak,  selamat menyempurnakan ibadah puasa dan semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkahan berbanding tahun-tahun yang sebelumnya…

Ikhlas dan mohon kemaafan…

-Laer-

Read Full Post »

Menurut keterangan daripada hadith bahawa memotong kuku itu mempunyai peraturan dan hari yang berbahagia atau celakanya, Al-Syeikh Al-Imam Al-Ghazali memberi petua, hendak lah dipotong dimulai daripada jari telunjuk yang kanan kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking selepas itu dimulakan pula daripada jari kelingking kiri seterusnya hingga di sudahi ibu jari tangan kanan tadi. Kemudian segala kuku itu hendak lah di tanam.

Menurut petuanya; (Hari Sabtu) keluar ubat, masuk penyakit. (Hari Ahad) keluar kekayaan, masuk kepapaan, (Hari Isnin) keluar penyakit gila, masuk kesihatan. (Hari Selasa) keluar rahmat, masuk penyakit. (Hari Rabu) keluar was-was, masuk kepapaan, (Hari Khamis) keluar gila, masuk penawar dan ubat. (Hari Jumaat) keluar segala dosa dan mendapat rahmat dan nikmat Allah s.w.t..

 

 

Read Full Post »