Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 20th, 2007

islam-jumeirah-mosque-dubai-united-arab-emirates.jpgDi lakukan sebaik-baiknya selepas jam 12.00 malam. Selepas tiap dua rakaat, salam. Rakaat yang sebenar adalah tidak terbatas.

1. Lafaz Niat:

b496a9d9.jpg

Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Takbiratul Ihram beserta niat.

3. Membaca Al Fatihah sekali dan Surah Al-Kaafiruun sebanyak 11 kali di dalam rakaat yang pertama.


4. Membaca Al Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlaas sebanyak 11 kali di dalam rakaat yang kedua.

5. Sesudah memberi salam, sujud semula dan baca :

1) Selawat ke atas Nabi Muhammad saw. – (10 kali)

5e56e4c7.jpg

 

2) Bertasbih – (10 kali)

733389e8.jpg

 

3) Doa mohon kebajikan di dunia dan di akhirat – (10 kali)

da74e424.jpg

 

 

6. Kemudian bacalah Doa berikut :

d2d3ab5a.jpg

30355fef.jpg

 

 

BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM

ALHAMDU LILLAAHIRABBIL ’AALAMIIN WA BIHI NASTA’IINU ’ALAA UMUURIDDUN YAA WADDIIN. ALLAAHUMMA SHALLI WASALLIM ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD SAYYIDIL MURSALIIN WA ’ALAA AALIHI WA ASH HAABIHI WATTAABI’IIN ILAA YAUMIDDIIN. LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIMUL KARIIM, SUBHANALLAAHI RABBIL ’ARSYIL ’AZHIM ALHAMDU LILLAAHI RABBIL ’AALAMIIN AS ALUKA MUUJIBAATI RAHMATIKA WA ’AZAA-IMA MAGHFIRATIKA WAL GHANIIMATA MIN KULLI BIRRIN WASSALAMATA MIN KULLI ITSMIN LAA TADA’ LII DZANBAN ILLAA GHAFARTAHU WA LAA HAAJATAN HIYA LAKA RIDLAN ILAA QADLAITAHAA YA ARHAMARRAAHIMIIN.

Ertinya:

”Dengan menyebut asma Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Dan kepada-Nya kami mohon pertolongan atas urusan-urusan dunia dan akhirat. Ya Allah, berilah rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad pemimpin segenap Rasul dan kepada segenap keluarga, sahabat dan pengikutnya hingga hari akhir. Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah yang lapang hati dan Dzat yang mulia. Maha suci Allah yang menguasai ’Arasy dan Dzat yang Agung. Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Aku mohon kepada-Mu akan segala perkara yang menetapkan rahmat-Mu dan maksud-maksud mohon ampunan-Mu, dan mohon keuntungan dari segala kebaikan dan mohon keselamatan dari segala dosa. Ya Allah, jangan hendaknya Engkau membiarkan dosa tetap padaku, melainkan Engkau mengampuninya, jangan pula hendaknya Engkau membiarkan kesusahan tetap padaku, melainkan engkau menghilangkannya dan jangan hendaknya hajat kemahuan yang Engkau redhai melainkan Engkau tetapkan padaku, wahai Dzat yang Paling Penyayang.

7. Akhir sekali, mohonlah kepada Allah SWT sebarang hajat anda untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Advertisements

Read Full Post »

tuan-guru-nik-abdul-aziz.jpgSebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;

1. Lafaz Niat:

 

b496a9d9.jpg

 

 

 

 

 

Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Takbiratul Ihram beserta niat.

3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.

4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;

602de98.jpg

 

Ertinya :

Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.

Read Full Post »