Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan pada zaman sekarang. Meskipun demikian, kita tidak boleh mudah berputus asa. Allah selalu bersama dan menolong orang yang mahu berusaha.
Selain berusaha secara lahiriah, perlu pula di baringi usaha batiniah, terutama selalu berdo’a kepada Allah agar di beri jalan kemudahan dalam memperolehi pekerjaan. Untuk itu ikutilah petunjuk di bawah ini dengan penuh semangat dan keyakinan akan belas kasih Allah.
Inilah caranya:
1. Berpuasa selama dua hari, iaitu pada hari Khamis dan hari Jumaat. Ertinya pada hari Khamis atau Jumaat permulaan bulan itu.
2. Pada malam Jumaat, ketika akan tidur membaca ayat yang tersebut di bawah ini sebanyak tiga kali.
3. Pada hari Jumaatnya, sekitar jam 15.00 (jam 3.00p.m.), masih dalam keadaan berpuasa menulis ayat tadi.
4. Tulisan itu lalu di lipat dan di simpan dengan baik.
5. Pada malam Sabtunya, ketika akan tidur membaca :
a. LAA ILAAHA ILLALLAH x 100.
b. SUBHAANALLAAH x 100.
c. ASTAGHFIRULLAAH x 100.
6. Pada hari Sabtunya, tulisan tadi digantungkan di luar rumah.
Insya’Allah, tidak berapa lama akan datang tawaran perkerjaan yang di usahakan.
Ini lah ayat yang di baca dan di tulis.
“WA QAALAL MALIKU’TUUNII BIHII ASTAKHLISH-HU LI NAFSII, FA LAMMAA KALLAMAHUU QAALA INNAKAL YAUMA LADAINAA MAKIINUN AMIN.
QAA LAJ’ALNII ‘ALAA KHAZAA-INIL ARDHI INNI HAFIIZHUN ‘ALIM.
WA KADZAALIKA MAKKANNAA LI YUUSUFA FIL ARDHI YATABAWWA-U MINHAA HAITSU YASYYA’, NUSHIIBU BI RAHMATINAA MAN NASYAA-U WA LAA NUDHII’U AJRAL MUHSINIIN”
(Surah Yusuf: 54-56)
Ertinya:
54. Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat denganya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi di percayai di kalangan kami”.
55. Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.
56. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang di sukainya. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
salam..
trima kasih atas info ini…..
Assalamualaikum yg d maksudkan puasa itu apa? Ada kah puasa bulan isalm mcm sahaja aku bepuasa sunat hari khamis dlm bulan syabaan kerana allah taala, atau sahaja aku bepuasa sunat keranan allah taala, atau sahaja aku puasa kerana allah taala,???
Salam
Amalan ini dibuat sekali sahaja atau boleh diulang?