Bagi setiap orang Islam di sunatkan membaca Al-Qur’an, meskipun tidak tahu ertinya. Membaca Al-Qur’an termasuk ibadah yang mendapat pahala dari Allah. Oleh sebab itu, setiap orang Islam jangan sampai tidak membaca Al-Qur’an dalam sehari-hari.
Para Ulama ada menggariskan cara membaca Al-Qur’an dalam seminggu. Bila cara ini di amalkan, orang yang mengamalkannya selain mendapat pahala dari Allah, dia juga di kurniakan rezeki yang lancar, mengandungi berkah dan bermanfa’at.
Inilah urutan surah-surah di dalam Al-Quran yang di baca yang di mulai pada hari Jumaat:
1. Hari Jumaat membaca surat Al Baqarah sampai surat Al Maidah.
Surah yang di baca adalah Surah Al-Baqarah, Surah A-li ‘Imran, Surah An- Nisaa’ dan Surah Al-Maaidah.
2. Hari Sabtu membaca Al An’am sampai surat Taubat.
Membaca Surah Al An’aam, Surah Al A’raaf, Surah Al-Anfaal dan Surah Taubah.
3. Hari Ahad membaca surat Yunus sampai surat Maryam.
Membaca Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf, Surah Ar-Ra’d, Surah Ibrahim, Surah Al-Hijr, Surah Al-Israa’, Surah Al-Kahfi dan Surah Maryam.
4. Hari Isnin membaca surat Thoha sampai surat Al-Qoshosh.
Membaca Surah Taha, Surah Al-Anbiyaa’, Surah Al-Hajj, Surah Al-Mu’minuun, Surah An-Nur, Surah Al-Furqaan, Surah Asy-Syu’araa’, Surah An-Naml dan Surah Al-Qoshosh.
5. Hari Selasa membaca surat Al Ankabut sampai surat Shot..
Membaca Surah Al-‘Ankabuut, Surah Ar-Ruum, Surah Luqman, Surah As- Sajadah, Surah Al-Ahzaab, Surah Saba’, surah Faatir, Surah Yaa siin, Surah As- Saaffat dan Surah Shot.
6. Hari Rabu membaca surat Az zumar sampai surat Ar Rohman.
Membaca Surah Az-Zumar, Surah Al-Mu’min (Ghaafir), Surah Fussilat, Surah Asy-Syura, Surah Az-Zukhruf, Surah Ad-Dukhaan, Surah Al-Jaathiyah, Surah Al- Ahqaaf, Surah Muhammad (S.A.W.), Surah Al-Fat-h, Surah Al-Hujuraat, Surah Qaaf, Surah Adz-Dzaariyaat, Surah At-Tuur, Surah An-Najm, Surah Al-Qamar dan Surah Ar-Rohman.
7. Hari Khamis membaca surat Al-Waqi’ah sampai tamat Al-Qur’an (surat An- Naas).
Bila bacaan Quran anda sudah hatam, maka sujudlah. Kemudian mohonlah pada Tuhan apa yang anda niatkan. Isya Allah maqbul.
Begitulah wirid Al-Qur’an yang harus di baca, bila kita menginginkan pahala yang banyak dan rezeki yang berlimpah ruah. Pada mulanya memang terasa berat mengamalkannya. Apalagi bagi mereka yang kurang lancar bacaan Al-Qur’annya. Akan tetapi, perasaan berat itu lama-lama akan hilang sendiri bila kita telah terbiasa membacanya.
Maka dari itu sebaiknya bagi orang yang ingin mengamalkan wirid Al-Qur’an harus menyediakan waktu-waktu tertentu. Misalnya setiap habis solat maghrib, solat Isyaa’ dan waktu Subuh.
Bagi orang yang tidak mampu mengamalkannya, jangan memaksa diri, sebab akan menimbulkan kebosanan. Tetapi meskipun demikian, jangan sampai melupakan membaca Al-Qur’an setiap harinya walaupun hanya beberapa ayat.
Itulah tuntutan Islam dalam menghormati dan mengamalkan kitab sucinya.
Assalammualaikum,
Alhamdulliah, ada hamba Allah yg sanggup berkongsi ilmu dengan hamba yg lain..
Saya amat rasa berbesar hati untuk membaca artikel tuan…
Semoga umat Islam di dunia ini bersatu ke jalan Allah ke arah kehidupan yg kekal abadi…
http://quantra.wordpress.com
[…] dikutip dari Alivewire […]
maaf.. sye minta izizn copy artikel ni untuk simpanan dan hebahan kepada kawan2…
tq..
great insight keep it up 😛 i will bookmark ur site if i want to design site like yours i wonder how long it will take me
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..
Saya juga amat rasa berbesar hati untuk membaca artikel penulis yang sudi berkongsi ilmu dengan kita semua…
Syukur alhamdulillah…
Mohon izin copy untuk hebahan kepada rakan yang lain..
Moga memberi manfaat kepada kita umat ISLAM..Aaaminn
terimakasih dan saya mohon ijin untuk mencopy dan mengamalkannya….
Boleh saya tau kalau ada website , yang mengandungi surah al quran dalam rumi , bersama mp3 nya sekali.
Terima kasih.
terimakasih..! penjelasannya.
Assalamualaikum saya baru bergabung disni.saya ingin menimba ilmu dari Tuan tuan semua.Mohon bimbingannya