HARAP MAAF! KANDUNGAN “WAKTU DAN ARAH MENCARI REZEKI” INI TERPAKSA SAYA DELETE KERANA BUKU TERSEBUT TELAH DI HARAMKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA. TERIMA KASIH. (31hb Januari 2008)
Sila baca ini:
11 buku agama diharamkan kerana fakta menyeleweng
KUALA LUMPUR: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan 11 buku, lapan dalam bahasa Inggeris dan tiga lagi dalam bahasa Melayu kerana didapati fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Setiausaha Bahagian Kawalan dan Teks Al Quran, Che Din Yusoh berkata pewartaan Perintah Larangan itu yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Beliau berkata buku dalam bahasa Inggeris diharamkan ialah Secrets Of The Koran: Revealing Insights Into Islam’s Holy Book oleh Don Richardson (Regal Books From Gospel Light, Ventura, Calfornia, USA); Qur’an and Women Rereading the Secrets Text From Woman’s Perspective oleh Amina Wadud (Oxford University Press, New York); The Two Faces Of Islam: Saudi Fundamentalism and It’s Role in Terrorism oleh Stephen Schwartz (Anchor Books, New York).
Turut diharamkan ialah buku Woman In Islam, oleh Margaret Speaker Yuan (Greenhaven Press Farmington Hills); Islam Unveiled: Disturbing Questions About The World’s Fastest-Growing Faith oleh Robert Spencer (Encounter Books Califonia); What Makes Me A Muslim oleh Catherine M. Petrini (KidHaven Press Farmington Hills); The Importance Of Muhammad oleh Marilyn Tower Oliver (Lucent Books, Farmington Hills) dan Faiths Islam Worship, Festival and Ceremonies From Around The World oleh Trevor Barnes (Kingfisher, Massachusets).
Tiga buah buku dalam bahasa Melayu yang diharamkan ialah Amalan Kemurahan Rezeki oleh Lifa Karimah (Jasmin Enterprise), Rahsia Jalan Yang Lurus (Al-Mustaqim, Johor Bahru) dan Islam & Pluralisme oleh Al-Mustaqeem Mahmood Radhi (Middle Eastern Graduate Centre, Damansara Kuala Lumpur), katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Che Din berkata mereka yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan yang dilarang boleh dikenakan tindakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Tuan, sungguh menarik rencana ini. Boleh saya tahu apa rujukan nya?
Puan Annum,
Rencana yang di atas ini saya copy dari Buku Amalan Kemurahan Rezeki – Khasiat & Rahsia Doa Nurun Nubuwah di susun oleh IFFA KARIMAH , terbitan Jasmin Enterprise. Harganya cuma RM 5.50. Boleh di dapati dari kedai-kedai buku berdekatan anda…
Jazaakallaahu Khairan.
(Semoga Allah membalasmu akan kebaikan)
boleh saya dapatkan doa nurun nubuwah berserta khasiat dan maksudnya.amalan doa ini telah lama saya amalkan tetapi tidak mengetahui maksud dan khasiatnya.buku mengenainya telah saya cari tetapi tidak ada dijual lagi.