
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
salam..
mntak izin utk copy artikel ni..
nk post dlm forum & address website ni sy sertakn utk rujukan..
jzkk
Terima kasih
Saya pun nak copy khasiat sembahyang Dhuaha dari web saudara untuk dimuatkan dalam artikel saya….
salam.. izinkan sy copy artikel ni utk dikongsi dengan kwn.
tq
salam…sy nk tanya.. saya boleh baca surah al waqiah, tetapi di khuatiri tajwidnya tak betul. jadi kalau saya hanya mendengar bacaan surah ini dari mp3 atau kaset, persoalannya adakah saya akan mendapat kelebihan daripada fadilat surah ini? terima kasih’
dapat pahala walau hanya mendengarnya dari mp3, dalam masa yang sama cuba-cubalah belajar tajwid perlahan-lahan. setiap perbuatan baik itu ada balasan dan ganjarannya dai Allah. Malah memberi minum anjing dijalanan pun mendapat pahala apatah lagi mendengar ayat-ayat suci AlQuran dari mendengar lain-lain yang melalaikan.
Bagaimana jika hari hujan pada waktu pagi ?
assalamualaikum ust.ana mohon copy artikel ini untuk tatapan ilmiah wat sahabat / sahabiah di umskal.boleh kan?
salam..
sy pun nak minta izin untuk copy artikel ttg solat dhuha nie dan muatkan dalam blog sy..
-terima kasih-
saya ingin meminta izin untuk dicopy pastekan di blog saya untuk faedah bersama sama.
salam,,ana nak mintak izin copy this artikel untuk rujukan ana dan sahabat semua
Mohon izin nak copy paste artikel ni ke blog http://nurrezeki.blogspot.com terima kasih.
saya nak print article nih intuk rujukan saya
salam..sy pn minta izin nak copy artikel ni ye…hope menjadi panduan kpd sy n rakan2..thanks for this valuable info
alhamdulillah, saya mendapat ketenangan dan masaalah senang diatasi apabila saya mula mengamalkan solat dhuha ini dengan izin allah.
salam.. sila betulkan..
(copy dr atas).> Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah…>
dr perenggan ni, sy rs ada sdkt kesilapan…
ini bermaksud: siapa yg solat dhuha 2 rakaat, dia ditulis sbg org yg lalai dlm mengingati Allah.. mgkn boleh cek balik, salah satu perkataan ‘tidak’ xsepatutnya diletakkan di situ..
wallahua3lam..
Assalamualaikum….Minta halalkan mengopy artikel saudara….
sujud sahwi nak baca berapa kali?
dengan semangat melayu boleh orang melayu akan maju
salam.sy mintak izin nk copy entry anda ye.tq
love islam 4ever
Salam’alaik,,…ya blogger izinkan saya kopi artikel ni untuk dikongsi dgn shbt2…syukran
Baru-baru ini suami saya telah menasihatkan saya supaya buat sembahyang dhuha. Dia memang dah buat. Dia kata bagus buat sembahyang Dhuha ni. Saya pun dah mula buat tapi saya nak sangant tahu fadhilatnya. Setiap apa yang kita lakukan mestilah kena tahu sebabnya. Bila saya dah baca artikel ni saya lebih bersemangat nak buat sembahyang dhuha ni. Terima kasih banyak2. Kalau boleh saya nak minta izin utk copy buat kawan-kawan saya. tq
sy mohon izin telah copy artikal ni tuk
sy dan teman2..
izinkan saya copy paste artikel ini..
semoga amalan ini berpanjangan dan istiqamah
salam ana nak minta izin copy entry ni atas sbb tugasan dan tatapan ana juga kwn2
Salam,
Moderator. Izinkan saya forward link ke facebook. t kasih.
salam..sya nak copy artikel ni ye..
Salam. Mohon izin copy artikal untuk blog saya. Tkasih
salam, boleh saya tahu apa bacaan ayat pertama dan ayat kedua soalt dhuha ini. ada orang kata iya amat sesuai bagi orang yang berniaga.terima kasih
Salam, izinkan saya amalkan apa2 ilmu yang bermanfaat didalm laman web ini.
terima kasih. ilmu yang dikongsi bersama besar manfaatnya. halalkan saya guna utk dikongsi bersama yang lain.
saya nak copy article nie untuk rujukan bleh ke
salam, ustaz sy nk mnta kbnrn utk copy artikal ini utk dijadikan panduan dlm hidup sy…..
trima kasih……..
rezeki datang mencurah2……hanya 4 rakaat dhuha jam 10.00 am
kita ingat tuhan, dia ingat kita…………………………….
masalah kerja beres…………………………………………….
salam….saya ingin meminta izin untuk copy artikel ini demi menafaat bersama….
kakak ipar saya pun rajin solat sunat dhuha ini…dan dengan izin Allah jua…dia selalu memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka….
Salam, Izinkan saya untuk mengambil salinan segala maklumat yg boleh memberi menafaat kepada saya dan untuk saya kongsikan dengan keluarga dan rakan2. Muga usaha tuan di berkati dan tuan di murahkan rezki selalu. Amin
Saya pun baru mengamalkan solat Dhuha ini, dan yang saya dapat rasa sekarang jiwa saya lebih tenang dan tambah aman. Saya lebih cenderung untuk belajar tentang ilmu ugama.
sejahteralah ke atas kamu…….
Salam, nak minta izin copy untuk simpanan, terima kasih