Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 19th, 2007

tuan-guru-nik-abdul-aziz-2.jpgBarangsiapa membaca sekali atau 3 kali ayat ini tiap-tiap kali lepas sembahyang, insya’allah akan di makbulkan segala hajat dan kehendak, mendapat kebaikan dan kemuliaan. Boleh di buat jampi pada segala penyakit yang bisa dan mendapat pahala yang besar serta di murahkan rezeki.

2b3a91d6.jpg

 

Ertinya:

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah di tetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan dibumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

Read Full Post »

Di mulakan dengan niat:

4997fe71.jpg

Usalli sun-natal haajati rak-‘ataini lil-laahi ta’ala – Allaahu Akbar.

Ertinya: Sahaja Aku Sembahyang Sunat Hajat Dua Rakaat kerana Allah Ta’ala.

Kemudian baca fatihah hingga akhir, dan terus baca :

936f741b.jpg

 

Rab-banaa aatinaa min ladunka rahmatan wahai-yi’ lanaa min amrinaa rashadan. (10 kali)

Dan pada rakaat yang kedua selepas fatihah bacalah :

8ab6e4a9.jpg

Rab-bishrah-lii sadrii wayas-sirlii amrii wah-lul ’ukdatan min lisaani yaf-qahuu qaulii. (10 kali)

Bermaksud:

”Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah perkaraku dan lepaskanlah ikatan lisanku, supaya mereka faham pembicaraanku”

Setelah salam, bangun semula dan niat lagi seperti yang permulaan tadi. Pada rakaat yang pertama baca fatihah hingga akhir dan seterusnya baca :

a0b5790a.jpg

 

Fasatazkuruuna maa aquulu lakum, waufau-widhu amrii ilal-laah. (10 kali).

Pada rakaat yang kedua selepas baca fatihah, bacalah pula:

822c4f7d.jpg

 

Rab-banaa atmim lanaa nuuranaa faghfir-lanaa waqinaa ’azaaban-nar. (10 kali).

Pada sujud yang akhir bacalah :

fd94f80c.jpg

La-ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minaz-dzalimiin. (40 kali).

Dan selepas itu baca lagi :

8b2500b1.jpg

 

 

Fastajabnaalahu wanaj-jainaahu minal gham-mi wakazaalika nun-jil mu’miniin.

Selepas salam bacalah selawat ini:

Widus-sahari” iaitu :

6227636b.jpg

Allaahumma sal-li salaatan kaamilatan wasal-lim salaaman taam-man ‘alaa saiy-yidinaa wamaulaanaa Muhammadin wa’-alaa aali saiy-yidina Muhammadil-lazii tanhal-lu bihil uqa’du watun-fariju bihil-kurabu watuq-dha bihil hawaaiju watun-fariju bihil-kurabu watuq-dha bihil hawaaiju watunaalu bihir raghaaibu wahusnul khawaatimi wayustasqaal ghamaamu biwwajhihil kariim wa’alaa aalihi wasahbihi fii kul-li lamhatin wanafasin ‘adadamaa wasi’-ahu ‘ilmuka.

 

Kemudian baca ini:

b2d9f8af.jpg

8ab809e2.jpg

 

 

Allahumma sal-li ‘alaa saiy-yidinaa Muhammadin salaatan tunjiinaa bihaa min jamii’il ahwaali wal-aafaati wa taqdhii lanaa bihaa min jamii’il haajaati watuhtah-hirunaa bihaa min jamii’is-saiy-yiaati water-fa’unaa bihaa ‘indaka a’lad-darajaati watubal-lighunaa bihaa aksaal ghaayaati min jamii’il khairaati fil-hayaati waba’dal mamaati.

 

Bermaksud:

 

Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. semoga dengan berkat salawat itu, engkau lepaskan kami dari segala bencana dan musibah, Engkau tunaikan segala hajat kami. Engkau bersihkan kami dari segala kejahatan dan Engkau tingkatkan darjat kami setinggi darjat, Engkau sampaikan tujuan kami dalam hidup kami dan sesudah mati kami.

 

Akhir sekali bacalah fatihah sebanyak 41 kali. Kemudian berdoa dan mohonlah apa yang anda hajatkan.

Read Full Post »