Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala semua nikmat dan rezeki yang telah di berikan di sepanjang tahun 1429H /2008M. Semoga tahun ini, 1430H / 2009M membawa lebih banyak kebaikan di dalam kehidupan yang sementara ini. Kita semua, masing-masing mempunyai matlamat dan hala tuju sendiri. Apa pun yang hendak di capai dalam hidup ini, janganlah kita lupa tentang matlamat sebenar untuk apa kita di ciptakan oleh Tuhan dan hidup di dunia ini. Haruslah kita sentiasa bersifat Ikhlas, iaitu mengesakan (mentauhidkan) Allah s.w.t. melalui qasad (niat) dalam beribadah. Melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang di larang. Kejayaan yang ingin diraih bukan bermatlamat duniawi semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Jadi lah seorang muslim yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan ummah sama ada dari segi keilmuan, kemahiran, kepakaran, kebendaan atau sebagainya. Semoga kehidupan semua kaum muslimin berada dalam keadaan sempurna dan menepati ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Insya’Allah.
Leave a Reply