Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;
1. Lafaz Niat:
Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Takbiratul Ihram beserta niat.
3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.
4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;
Ertinya :
Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
doa yang di atas itu,adakah di baca sebelum atau selepas memberi salam pada rakkat yang terakhir.
kerana laman web yang saya berikan di bawah ini mengatakan bahawa Pada rakaat yang terakhir(rakaat ke 12) sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir
http://cybermosque.mpsj.gov.my/solhaja.html
dan doa nya berlainan, terangkan kepada saya wahai hamba allah
assalamualaikum
ade x doa yg smasa sjud yg lbih pndek sdikit .. dan ape hkum bca doa 2 ?
trma ksih … slam .. 🙂
Assalamualaikum w.b.t. Sy ni budak12 tahun dan semestinya sy tengah tunggu keputusan…sy gentar…tp sy tawakal…selame ni sy mmg x pandai bwat solat hajat..jd sy x tau apew yg sunat dan wajib dlm solat tersebut…sila terangkan yer…terima kasih….
2. Selepas memberi salam pada rakaat yang terakhir. Sujud semula dan membaca doa. Yang di larang adalah membaca Al-Quran di dalam sujud, bukannya berdoa.
Sabda Rasulullah SAW : Ketahuilah sesungguhnya aku di larang membaca doa dari Al-Quran ketika dalam rukuk atau dalam sujud. Adapun ketika rukuk maka berilah penghormatan kebesaran kepada Tuhan Azzawaajalla. Adapun ketika sujud, maka sungguh-sungguhlah kamu berdoa padanya maka sayugia sekali diperkenankan bagimu.”
Tiada larangan membaca doa sebelum atau selepas memberi salam pada rakaat yang terakhir.
Wallahualam bissawab.
(Kiranya ada kesilapan dan kesalahan sudilah kiranya sama membetulkannya)
assalamualaikum..disini saya ingin bertanya,apakah dalil yang boleh menerangkan tentang kebolahan sembahyang sunat hjat itu dibolehkan mengerjakan dua,empat atau 12 rakaat.dan apakah hikmah dari mengerjakan sembahyang sunat hajat ini?
Wa’alaikummussalam,
Sila rujuk kitab Ihya’ Ulumuddin (Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin) karangan Imam Al-Ghazali berkenaan solat sunnat hajat ini.
Jazaakallaahu Khairan.
Salam,
Saya cuma ingin mendapatkan kepastian mengenai pendapat yang menyatakan bahawa ada solat hajat yang dikerjakan dalam bentuk 4 rakaat serta 1 salam di mana ianya adalah bertujuan untuk hajat yang besar seperti menghalang perbuatan jahat seperti sihir.
Wasalam
assalamualaikum,,
saya nak tanya,, bilangan hajat yang dipohon dalam solat sunat hajat terhad kepada satu sahaja atau boleh memohon segala hajat yang diingini?
terima kasih atas jawapan anda…
assalamualaikum,,
saya nak tanya,, bilangan hajat yang dipohon dalam solat sunat hajat terhad kepada satu sahaja atau boleh memohon segala hajat yang diingini?
terima kasih atas jawapannya..
insyaALLAH boleh… minta seberapa banyak hajat anda…
cuma antara lambat atau cepat sahaja makbulnya.
kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kita.
wallahualam….
Assalamualikum saya nk bertanya solat hajat boleh dilakukan pada waktu pagi tak? Dlm pukul 9?
solat hajat sebenarnya mempunyai banyak cara dan bergantung kepada pentingnya situasi. Jika anda belajar salh satu cara, maka disini merupakan salah satu cara untuk solat hajat. Perlu dingat solat hajar dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu kepada Allah. Mana-mana cara tak salah kerana ianya hanya solat sunat, buat dituntut tan buat tak menjadi kesalahan. bila nak buat ikutlah panduan dari guru. Kebanyakan solat hajat yang dibuat semuanya adalah yang terbaik dan mengikut situasi masalah yang dihadapi. sebagai contoh jika kita sedang menghadapi kemarau panjang maka solat 12 rakaat adalah yang terbaik. sebaliknya jika untuk exam, biasanya kita lakukan 2 rakaat sahaja. harap membantu
terima kasih berkongsi ilmu
Assalamualaikum, boleh saya tahu surah al kafirun dan ayat kursi harus di baca berapa kali? Ada orang kata 3 kali setiap rakaat dan ada yang kata 11 kali di rakaat pertama dan 10 kali di rakaat ke dua. Kalau ya , bagaimana ? Di selang seli atau ayat kursi dulu dan di ikuti surah al kafirun.
assalamualaikum………
saya ingin tahu apakah maksud solat 12 rakaat
maksud solat 12 rakaat adalah solat yang dilakukan sebanyak 12 rakaat dengan satu salam bagi setiap 2 rakaat…harap dapat membantu.
assalamualaikum……….
boleh x terjemahkan dalam bhs rumi kerana potongan ayat di atas tidak seberapa jelas.
saya memang x fhm tentang solat hajat nie…………
harap2 ada orang yang sudi membantu………..
Assalamualikum,
Maafakan saya, tapi bukankah selepas surah al-fatihah surah al-kafirun dibaca dan bukan ayat kursyi?
dan saya ingin bertanya juga, macam manakah sembahyang sunat hajat yang mengandungi 12 rakaat dilakukan? Tolong beri informasi dengan teliti dan dengan satu-persatu.
salam…
solat sunat hajat yang mempunyai 12 rakaat dilakukan adlah 2 rakaat dgn 1 salam..ini bermakna jika kita melakukan 12 rakaat, terdapat 6 salam…
rakaat 1 & 2= salam pertama
rakaat 3 & 4=salam kedua
dan seterusnya..
solat sunat hajat juga boleh dilakukan 4rakaat serentak..dan ini bermakna terdapat 3 salam..
rakaat 1-4=salam pertama
dan seterusnya…
apa yang penting adalah membaca al-fatihah…tidak menjadi masalah sekiranya membaca ayat kursi atau surah al-kafirun slpas al-fatihah…
wallahualam….
walaikumsalam..
buleh ka lebih lanjut terangkn bgai mana cara nak sembahyang sunat hajat ne?? keranah saya tidak fhm..
assalamualaikom
bolih ke tuan tolong tulis sembahyang hajat dlm bahasa rumi kerana saya tak faham bahasa jawi.
bolih ke tuan tulis secara lengkap dari mula niat dan sujud dan doa sembahyang hajat dan bagi salam semasa nak habis kan sembahyang hajat tu.
wassalam
rozita
salam
saya nak tahu dalam sekali setiap solat hajat bileh ke kita memohon hajat2 yg kita mahukan secara serentak?, atau sekali solat satu hajat sahaja?
terima kasih atas jwpn anda.
insyaALLAH BOLEH…
cuma lambat atau cepat sahaja ia termakbul…kita perlu berusaha doa dan tawakal…
brape rakaat sebenarnye solat hajat?
bape byk kali doa spttonye bace?tolong jelaskan dgn lebih terperinci..terima kasih
2 rakaat 1 salam, boleh dilakukan 4 rakaat 2 salam, juga 12 rakaat 6 salam…
Solat hajat untuk memohon agar anak mendengar kata dan rajin membaca. Untuk peperiksaan dan sebagainya. Harap dapt membantu
saya nak tnya….
apa hukum membaca doa pada sujud terakhir..??
assalammualaikumwarahmatuallah,
saudari/saudara :
sy tidak lama lagi akan hadapi final last semester sy di pengajian diploma ini..
di sepanjang pengajain sy berbagai – bagai dugaan telah terjadi sehingga sy exstend sem..
sekaranglah sy mengganti pengajian itu..
oleh itu sy berharap sanagt untuk menunaikan solat hajat..
kerana sy tidak yakin dengan sebelum -sebelum ini solat hajat yg pernah sy lakkukan..
oleh itu sy mengharap banatu an dari pada anda untuk membantu sy melakkukan dengan seyakin yakin nya..
wassalam
saya nak bertanya…
sah ke solat kalau kita solat dalam keadaan yang tdak selesa???
tahun ini saya akan menghadapi PMR…
perasaan takut membuak-buak dalam diri saya…
bagaimana mahu menghindari perasaan itu???
Assalamualaikum
saya mau bertanya bisa ngga tolong di jelaskan lebih lanjut lagi tentang shalat Hajat dan Hadist-Hadist yg syahih.
karena sebagian Ulama mengatakan bahwa tidak ada Hadist yg syah mengenai salat hajat jadi keberadaannya masih di ragukan…ga seperti shalat2 yg lain seperti Istikhoroh dan Tahajud.terima kasih sebelumnya.
wassalam
maaf, rajin lah baca sirah2 rasullah dimana rasullah selalu berpesan, sekiranya sahabat datang mengadukan masalah.
pesan baginda, “dirikan solat sunat 2 rakaat”
secara kasarnya solat sunat itu merujuk kepada wirid, tahajud, hajat dan taubat serta solat2 sunat yang lain…
wallahualam
sy ingin bertanye, bleh ke sy nk melakukan kn sembahyang hajat, dgn hajat semoga tuhan mempercepatkan ajal seseorang itu, atas sbab2 yg tertentu
hidup dan mati seseorang itu ketentuan Allah. x pernah pulak dengar kes ni.
tapi setahu saya, individu tersebut (si pesakit) boleh memohon kepada ALLAH , dengan lafaz, “….. matikan aku sekiranya mati itu lebih baik utk aku, sembuhkan aku dri penyakit yang menimpa sekiranya hidup itu lebih baik utk aku… ”
wallahualam
Assalammualaikum Tuan Hj,
ingin mengetahui mendalam sembahyang sunat hajat. jikalau di tulis dalam rumi mungkin dapat feadah pada diri saya mahu pun pada orang yang kurang memahami bahasa jawi. beasr harapan jika dapat menerangkan dan dapat mengubah kehidupan saya masa kini.
Suami sangat bertanggungjawab dari segi rohani dan
jasmani, baik, penyayang terhadap keluarga amat
bahagia dah 24 tahun kahwin (bersama) tapi sayang sekali
suami tidak izin menutup aurat, saya tidak pernah tinggal solat 5 waktu (kecuali uzur) macam mana nak melembutkan hati suami agar rajin solat.
berdoalah banyak2, kerana doa itu senjata orang mukmin.
kalau benar bagai dikata, yang puan memang benar berniat menutup aurat, setiap kali sujud terakhir solat fardhu, lepas lafaz sujud, berdoalah dalam hati (* bahasa rumi) mohon suami lembut hati , etc…
insyaAllah, usaha yang baik akan dimakbul juga…
seeloknya sebelum berdoa , baca lah bismillah, selawat dan kemudian berdoa dalam hati, minta ampun kepada ALLAH atas dosa terdahulu kemudian nyatakan hajat Puan.
* doa dalam rumi kalau lafaz dengan mulut masa solat , nanti solat itu batal.
Salam
saya ingin bertanya sekiranya kita membuat 2 rakaat sahaja adekah perlu kita membuat sujud diluar solat @ selesai sujud akhir dan membaca tahiyat terus berdoa (hajat kite).
Waktu manakah yg lebih afdal untuk kita sembahyang haja supay dimakbulkan.
Salam..ingin saya memohon kebenaran utk menyalin doa2 yg dipaparkan…..mudah2 mndapat keberkatan dari ALLAH s.w.t .terima kasih
salam…saya nak tanya doa sujud tu di baca selepas salam? salam yang akhir ke,lepas tu sujud pulak dan baca doa tersebut? atau sujud ketika solat? saya kurang faham.
assalamualaikum…bleh sy tnya??? boleh tak kalau sy ulangkaji pd kul 4pagi???
saya ingin bertanya,semasa rakaat pertama bukan kah kita perlu baca surah al-kafirun?
ya sebolehnya pada rakaat pertama kita membaca surah al-kafirun tetapi terpulang kepada orang yang menunaikan solat jika tidak mampu yakni (menghafaznya) tidak mengapa diberi kelonggaran untuk membaca mana-mana surah lazim selain daripada al-fatihah. Dan sebenarnya pelaksaanaan solat hajat adalah bergantung kepada mazhab ataupun wali yang melaksanakannya sebab itu mengapa kita dapatai terdapat beberapa bacaan yang berbeza di dalam setiap solat hajat.
xder yg nak menjawab soklan di atas ke??? Haih~
HELLOOO
sholat hajat tuh kagak ada brooo………….rasullulloh gak prnh ngejalanin yg namanya sholat hajat, yg ada itu sholat tahajjud,rawatib,dll,nggak ada dalil/hadist yg menyatakan rasullulloh prnh menjlnkan sholat hajat.,,,BID’AH bngt tuh….hati2 dngn segala bentuk ibadah……ntar tertolak.,,krn dlm hadist shahih muslim,,,,,,nabi bersabda bahwa APA2 YG BUKAN DR SUNAHKU MAKA TERTOLAK…!!!!!!
salam..soalan yg banyak2 2 sapa yg nk tolong jawabkan
Lafaz niat Usolli sunnatal hajaati rak’ataini Lillahi Ta’ala. Penting niat dalam hati. Solat hajat ni selalu dibuat 2 rakaat satu salam. Masa paling afdhal tengah malam yakni lepas pukul 3–1/3 malam terakhir.
Kat sini ada rujukan carasolat hajat. http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/SunatHajat.htm
Kat sini ada rujukan cara solat hajat. http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/SunatHajat.htm
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/13/sembahyang-hajat/
macam dlm link tersebut..dpt difahami bahawa kalau ade hajat..then solat..so maksudnye tkde cara tertentu utk solat hajat..janji solat sunat 2 rakaat macam biase..
then lepas salam sujud semula..baca doa nabi yunus 40 kali..then doa la sebanyak mane pn..insyaALLAH..Allah maha mengetahui segala isi hati..selebihnye berserah saje kepada ALLAH…
jgn risau..tkde piawaian khas utk solat hajat..janji kalau nak solat tu penuhilah segala rukunnye..esp toma’ninah yg selalu org pandang remeh…
Salam,
1. Jika kita berhajatkan sesuatu yg teramat sangat bolehkan kita sembahyg hajat selepas solat wajib pada siang hari?
2. Sy memohon supaya rakan sekerja yang suka mengherdik, memaki hamun dengan perkataan kesat hatta “babi” pun pernah digunakan walaupun di atas kesalahan kecil, agar diberi pengajaran oleh Allah atas perbuatannya supaya dia insaf. Adakah ia dibolehkan?
3. Sy ada membaca doa pelembut hati sebelum berhadapn dgnnya tetapi dia tetap berkasar dengan sy. Adakah amalan yg sy boleh praktikkan supaya sy dilayan seadilnya?
Mohon ada yg sudi berkongsi pendapat kerana sy terpaksa berhadapan dgnnya setiap hari demi mencari rezeki untuk anak2 .
Sekian.
Jawapan :-
1. Boleh.
2. Doa supaya ditunjukkan dia ke jln yg benar dan diberikan hidayah.
3. Baca Ya Latif 1000x sekali duduk. Lepas tu tiap2 hari baca Ya Latif 100x. (Maknanya Yang Maha Lembut).
Insya allah berkesan….
Sholat lail atau sholat malam atau sholat tahajud sudah jelas tuntunannya. Lafaz niat sholat hajat di atas entah berasal darimana, tidak jelas asal usulnya. Beramallah dengan dalil yang jelas sumbernya yaitu Al Qur’an dan hadist yang sohih. Agama Islam sudah sempurna. Janganlah beramal tanpa ilmu (dalil yang syah).
a’kum…
solat hajat…betul ke klu nk sembahyang hajat,rakaat pertama kena baca surah al-kafirun 5x,rakaat kedua pula kena baca surah al-ikhlas 7x?
assalamualaikum…..saya yang daif ni ingin bertanya beberapa persoalan yang timbul difikiran saya…kalau saya ingin memileh menantu yang sesuai untuk anak saya adakah lebih afdal saya mendirikan solat hajat atau solat istiqarah sedang saya hanya ada seorang calon. pernahkah tuan dengar kalau kita taktau nak membuat keputusan elokkah kita membuka Al Quran untuk mendapat petunjuk Nya. t.k
salam… bolehkah tuan memberi doa atau pedoman buat saya yang selalu menghadapi kerenah anak anak yang sering bertengkar dan bergaduh. t.k
Assalamualaikum, banyak cara menunaikan sembahyang hajat, yang penting ada guru yang mengajar dan ada hujah seperti nas Al’quran atau hadis atau ijmak ulamak yang muktabar (besar). Walau pun solah hajat sunat tapi ia sangat di hargai oleh allah dan amalan para ambiak, solihin dan tabien. Yang tak eloknaya tak nak buat lebih-lebeh lagi memperlekehkan atau mempersendakan orang buat solah sunat seperti solah sunat hajat.
semuga kita dirajinkan allah untuk beribadah fardzu dan diiringi dengan solah sunat wallahuaklam.
salam.boleh bantu saya mengenai solat sunat to’atul hajat?
Salam..boleh ke solat hajat dilakukan lbih dr sekali dalam satu hari?
terima kasih,
boleh , tiada salahnya, asalkan sekali buat 2 rakaat 1 salam…
assalamualaikum..sy ingin bertanya ttg sembahyang hajat, 1.boleh ke semasa sjud terakhir -12 rakaat kte sujud memohon serta membaca doa dlm 1 masa?? sy confuse.. so yang mne lbih elok mengikut cra yng sah? 2.adakah sah cra kita mengejarkan solat hajat dlm 2,4 atau 12 rakaat megikut kemampuan kita??? adakah diterima?? terima kasih
biasa sedikit tetapi berterusan. buat lah ikut kemampuan puan asal kan ianya menjadi amalam yang berterusan…
wallahualam
assalamualaikum..
saya mahu bertanya,bolehkah jika kita tidak membaca doa yg di atas itu?
salam, saya ingin bertanya pada sesiapa sahaja yang mengatahui soalan saya. Semasa sujud boleh kah jika kita x baca doa alam bahasa arab.
boleh, tapi doa itu mesti dalam hati. kalau dengan lafaz mulut solat akan terbatal dengan sendirinya.
assalamualaikum..
sye ingin bertnya menunaikan solat hajat dilkukn slpas solat insyak atau solat mahgrib.saya keliru ble kawan sye ckap menunai solat hajat lpas mahgrib.saya sring menunaikn solat hajat selpas solat insyak.sye ingin thu mane waktu yang sesuai sye menunaikn solt hajat ,slpas solat mahgrib atau solat insyak????..sye harap ada insan yg sudi bantu sye..trma ksih
solat hajat boleh dilakukan pada bila2 masa dalam 24 jam sehari. tetapi seafdhalnya pada 1/3 malam.
1/3 malam di sini , pada 2.30 pagi ke atas. pada waktu yang sunyi ketika mana umat Islam lain sedang nyeyak tidur di atas tilam mereka.
utk melakukan solat hajat ini, seeloknya melakukan solat taubat dulu. baru diikut solat hajat.
wallahualam…
solat sunat haram di lakukan selepas solat subuh hingga ke waktu israk(syuruk hingga ke waktu israk lebih kurang kul 7.15 hingga kul 8 tak boleh solat sunat) dan selepas waktu asar(sebelum maghrib). waktu lain boleh. sila rujuk pada ahli feqah.tq
salam…
mengenai kekeliruan solat sunat ini, anda sbnrnya boleh membeli buku2 seperti keluaran Ustaz Zahazan. Beliau banyak mengeluarkan buku mengenai solat sunat.
SElain solat hajat, bolehlah juga amalkan surah at taubah ayat 129 yg brmksud : Cukuplah bagiku Allah (yg menolong & memeliharaku) Tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia,kpdnya aku berserah diri dan Dialah yg mempunyai Arasy yg besar. Bca 7x setiap pagi dan petang InsyaAllah doa makbul dan segala ancaman spt aniaya, sihir InsyaAllah tdak dpt menghampiri kita.
asalamualaikum, sesungguhnya Allah maha mengetahui niat dan hajat hambanya.oleh itu asalkan tidak menyalahi syarak dan mengikuti tertil nya lakukan sunat hajat untuk memohon kepada Illahi.
salam
selain dari doa diatas ade doa lain tak yang boleh dibaca?
salam,
Boleh tak ajarkan saya cara2 melakukan solat hajat ini berserta doa2 atau ayat yg perlu dibaca dari mula niat hinggalah salam.
Saya tidak pernah melakukan solat hajat ataupun solat2 sunat yg lain.
Saya ingin memohon supaya diberi petunjuk dan hidayah dlm menyelesaikan masalah perkahwinan saya ini..
harap dapat membantu
Terima kasih
solat hajat adalah sunat saja hukumnya,apa2 surah pun boleh baca even solat wajib pun boleh baca apa2 surah pun kan? dlm quran ada berapa surah? apa2 doa pun boleh minta asalkan ianya tdk berkaitan maksiat dan doa meminta keburukan orang lain dan sebagainya.
kalau nak doa minta petunjuk, ia sangat baik di lakukan selepas solat sunat qabliyah subuh,berdoa dan kemudian solat fardu.
sila rujuk ahli feqah untuk kepastian.
tq.
bilakah waktu yg dibenarkan sembahyang hajat…
terima kasih di atas post yang diberikan.sememangnya amat membantu…semoga kita semua diberkati-Nya..amin..
salam..
boleh sy bertanya…
bolehkah sekiranya kita memohon supaya bekas teman lelaki sy kembali ke pangkuan sy semula?
terima kasih.
assalamualaikum cik limah,
boleh,mintalah apa saja dari Allah kerana Dia yang mencipta kita.
tetapi dlm soal jodoh selalunya kita kena istikharah untuk minta petunjuk dari Allah adakah dia jodoh kita. setiap kejadian contohnya perpisahan ada hikmah di sebaliknya.
Sekiranya anda tak yakin untuk dapat jawapan melalui istikharah, anda boleh bermesyuarah dengan meminta pandangan dari ahli keluarga, rakan2 ataupun alim ulama.
wallahualam
Assalammualaikum,
1. Saya nak bertanya apakah tertib sewaktu berdoa.
2. Saya amat berhajatkan sesuatu, bolehkah saya berdoa menggunakan bahasa pasar (yang lembut) dan tidak berbunga-bunga supaya saya sendiri boleh memahami?
3. Bolehkah juga saya mendirikan solat hajat tanpa mendahulukan sunat Tahajjud atau apa2 solat sunat yg lain?
salam lieyya,
1. istigfar,selawat,hadiahkan al fatihah pd nabi muhammad dan kedua ibu bapa,umat islam seluruhnya kemudian berdoa.
2. boleh,dlm bahasa melayu pun bagus.
3. boleh, tapi dahulukan dgn solat taubat,solat tahajud lebih afdal.bergantung pd keikhlasan.
untuk pengetahuan lbh mendalam,anda boleh lawati laman web ustazamin.com,anda blh bertanya di shout box.
wallahualam
tq.
faham…blh lh buat…….demi untuk brjaya……..UPSR…..
klau takbiratul ihram 2 x yah mkne nyer leh x????
assalamualaikum khalidah,
niat ketika takbiratul ihram itu wajib.tanpa niat tidak sah solat.
tksh.
brapkah bil perlu dibca bg surah ikhlas ????????????
assalamualaikum aisyah,
bil yg baik di baca adalah 7x bagi setiap surah tetapi bacalah bergantung kpd keikhlasan hati.
tksh.
Salam semua !!!Betul ker SOLAT SUNAT HARAM,dilaku kan pada waktu lepas ASAR dan pada lepas subuh ???…Kalau Haram mana NAS nya,Kalau betul mana NAS NYA ???.
salam…
mengenai kekeliruan solat sunat ini, anda sekalian sbnrnya boleh membeli buku2 seperti keluaran Ustaz Zahazan. Beliau banyak mengeluarkan buku mengenai solat sunat.
SElain solat hajat, bolehlah juga amalkan surah at taubah ayat 129 yg brmksud : Cukuplah bagiku Allah (yg menolong & memeliharaku) Tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia,kpdnya aku berserah diri dan Dialah yg mempunyai Arasy yg besar. Bca 7x setiap pagi dan petang InsyaAllah doa makbul dan segala ancaman spt aniaya, sihir InsyaAllah tdak dpt menghampiri kita.
salam…
selepas solat hajat,
nak selitkan sedikit doa untuk kebaikan diri,ibubapa dan anak2 yg soleh dan solehah dlm surah Al Ah Qaf ayat 15 yg bermaksud :
Ya Allah, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yg tlh Engkau berikan kpdku & kpd kedua ibubapaku & supaya aku dapat berbuat amal yg soleh yg Engkau ridhai, berilah kebaikan kpdku dgn (memberi kebaikan) kpd anak2 ku. Sesungguhnya aku bertaubat kpd Engkau dan sesungguhnya aku termasuk org2 yg berserah diri.
Bacalah setiap selepas solat.
Dan skrg ini musim peperiksaan, ada doa dlm surah Al Anbiya ayat 79 yg bermaksud :
Maka kami telah memberikan pengertian kpd Nabi sulaiman tntg hukum (yg lebih tepat),dan kpd masing2 mereka kami berikan hikmah dan ilmu telah kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung, semua bertasbih bersama Nabi Daud, dan kamilah yg melakukannya.
Adik2 yg menghadapi peperiksaan penting bolehlah baca setiap pagi sekurg2nya 3x sebaik2nya 10x. sgt baik diamalkan doa ini.
Kalau rajin amalkan makan kismis yg dijampi dgn surah2 yg baik spt Fatehah, 3Qul,ayat kursyi dan Insyirah 40x tiupkan kedlm kismis. Kismis sgt baik kerana ia akan mengalirkan oksigen ke dlm otak. Bykkan makan ikan krn ia mengandungi DHA untuk kepintaran berfikir.
serba sedikit perkongsian ilmu dan mencari sedikit pahala sementara hidup yg amat singkat ini.
Wallahua’lam.
bleh x bg tau cara2 yang teperinci tentang solat hajat?
salam… aisyah,
solat hajat 12 rakaat kebanyakannya dilakukan para2 wali dan sekiranya berat untuk awak,maka awak boleh lakukan sekadar 2 rakaat.
Sebaik2 sebelum menunaikan solat hajat tunaikanlah solat taubat dahulu, tahajud,istighfar dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad.,hadiahkan Alfatihah kpd kedua ibu bapa dan umat islam seluruhnya. Kena banyak istighfar kerana ia akan membuka jalan kpd kita supaya doa kita dimakbulkan dan muhasabah diri melihat dosa2 yg dilakukan samada kecil mahupun besar. Berikan maaf kpd mereka yg pnh buat salah pd awak dan buat baik dgn semua org terutama ibu bapa,kalau tak doa hnya tinggal doa.
Niat : Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi ta’ala
ERti : Sahaja aku solat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama : Fatehah 1x dan Surah Al Kafirun 3x
Rakaat kedua : Fatehah 1x dan Surah Al Ikhlas 3x
Lakukan sehingga salam. Selepas salam sujud kembali dan baca : Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin.
Erti : Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku tergolong dlm org yg dzolim. Baca 40x dan kemudian berdoa apa yg di inginkan(bahasa melayu). slps bangun dr sujud, ada bacaan doa dalam bahasa arab tapi saya takut bacaan awak tak betul maka sebaiknya dibaca dgn membaca tulisan itu sendiri,sebaiknya carilah guru agama spya dpt mengajarkan anda. Di internet ini adalah sekadar maklumat, menuntut ilmu mestilah berguru seperti kita sekolah agama,baca quran,belajar menjahit dan yg seangkatan dengannya.
solat hajat 2rakaat ini adalah solat hajat yg paling ringan. Ada lagi solat hajat yg dilakukan 4 rakaat dimana bacaan surah lebih banyak dalam setiap rakaat, al ikhlas 10, 20,30,40. sehabis salam baca lagi 50x dan tasbih2. Untuk permulaan saya fikir 2 rakaat boleh untuk awak buat percubaan dan membiasakan diri.
salam aisyah…
ada sedikit pembetulan pada maksud : Laila hailla anta subha naka inni kuntu minadzolimin.
Erti : Sesungguhnya tiada Tuhan (yg dpt menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (dpd melakukan aniaya, tolonglah daku) Sesungguhnya aku adalah dari org2 yg menganiaya diri sendiri.
Ayat tersebut terdapat dlm Surah Al Anbiya ayat 87. Doa ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika terperangkap dlm perut ikan.
Bila2 masa pun boleh baca ayat ini. Ketika peperiksaan,temuduga,nak bersalin..& sebagainya.
assalamualaikum..nk tanya knp slps sbuh dan slps solat asar tidak afdal untuk mlakukan solat hajat ye…??
salam..
saya cuba tampilkan mengenai waktu haram solat,sekiranya ada sesiapa yang tak faham dan tak pasti bolehlah bertanya pada guru agama sebab saya pun bukan orang alim dan sedang belajar.
Waktu-waktu yang diharamkan solat ::-
Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad
Untuk rumusannya dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah
Waktu-waktu yang diharamkan solat
Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan
Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)
Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit
2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.
Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit
3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta’akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat
2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat.
Assalamualaikum,
Saya tampilkan ayat quran berkenaan solat hajat iaitu Surah Al Baqarah ayat 45 dan 153 yg bermaksud :-
Ayat 45 :-
Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jalan sabar & mengerjakan sembahyang & sesungguhnya itu amatlah berat kecuali kpd org2 yang khusyuk.
Ayat 153 :-
Wahai sekalian orang2 yg beriman! Mintalah pertolongan (utk menghadapi susah payah) dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dgn bersabar & dgn mengerjakan (sembahyang) krn sesungguhnya Allah menyertai (menolong) org2 yang sabar.
terima kasih ye sebab bagi tunjuk ajar.. surah al khafirun dengan qulhuallah ada tak?
saya nak copy nie..
Assalamulaikum,
Surah Al Kafirun :-
Erti dari ayat 1 hga 6 :-
Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai org2 kafir
Aku tdak akan menyembah apa yang kamu sembah
Dan kamu tdk mahu menyembah( Allah) yang aku sembah
DAn aku tdk akan beribadat secara kamu beribadat
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Surah Al Ikhlas :-
Erti dari ayat 1 hga 4 :-
Katakanlah (wahai Muhammad) : (tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk utk memohon sebarang hajat
Ia tidak beranak dan ia pula tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengannya.
Untuk bacaan yang tepat sila baca mushaf, takut sekiranya baca rumi nanti tersalah bacaan dan tajwid, sekiranya tidk mahir baca sila belajar dari org yg mahir krn ditakuti ketika membaca merangkak2 akan diganggu oleh jin dan syaitan. Bila jin yang mengajar kita, kita akn jadi baran atau sewel. Jin islam bacaannya lebih hebat dari kita.
Banyakkan ta’awudz dan ketika haid pun boleh baca ayat quran niatkan zikir tapi tak boleh pegang quran. Baca 7x ta’awudz ketika haid,banyakkan minum air yaasin yang boleh diambil dimasjid2,setiap malam jumaat yang dibaca oleh jemaah beramai2.
Perkara berguru itu sangat penting lebih2 lagi berkenaan bacaan quran dan bacaan ilmu2 tariqat. Utamakan yg wajib dpd yg sunat krn didlm bacaan dlm solat, segala ilmu,haqiqat,tariqat dan maqrifat telah lengkap. Baca quran perlu qhatam dan jangan melawan kata2 mak,bila kena marah diam aje. Ditambah pula dgn perkara2 sunat maka perjalanan hidup dipermudahkan krn perjalanan hidup ini sebenarnya susah.
slm..sya pernah solat hajat pd bln Ramadan, memohon kpd Allah spy dipertemukn jodoh..Alhamdulillah, x lama kmudian seorg lelaki muncul dlm idup sya.. sgala ciri2 yg diinginkn ada pd nya.. slalu shj ada keraguan ttg hbgn sya n dia shingga sya rasa dia bkn jodoh yg Allah tentukn tp syukur alhamdulillah, stiap kali sya rasa mcm tu,n sya memohon ptunjuk, Allah seolah2 mberikn petunjuk kpd sya yg mmg dia lah org nya.. sya ingin tahu adakah dengan apa yg sya hajati dlm solat hajat sya telah tercapai?? ini kerana slh sorg ahli kluarga sya mberitahu sya, lelaki itu bukan la jodoh sya wlupun sya solat hajat.. sya pernah terfikir mgkin jg btul tp yg bt sya pelik, setiap kali sya rasa dia bkn jodoh sya n sya mohon ptunjuk, Allah pasti tunjukkan seolah2 dia la jodoh sya.. tolongla, sya ingin tahu bhw adakah Allah memperkenankan doa sya atau hny skadar sbgi dugaan utk sya??
Assalamualaikum : Gurl
Ibarat pepatah org warak : “Aku lihat KAU dahulu bru aku lihat kau” Dalam maksud ayat itu. Sekiranya petunjuk dari Allah, maka ambillah petunjuk dari Allah. Sekiranya tak yakin juga, kerjakanlah solat istikharah, Allah akan beri petunjuk melalui mimpi ataupun gerak hati.
TApi sekiranya petunjuk Allah mengatakn jodoh itu tidak baik, jika diteruskan juga, perkahwinan selalunya menghadapi masalah,sekiranya hadapi masalah maka yg menghadapinya perlu ada jiwa yg kental krn selalunya dugaannya memang besar utk diri kita.
slam.. zaza..terima kasih banyak2..smoga Allah memberkati anda..
salam gurl…
sama2….insyaallah…sama2 lah kita berdoa utk keberktn bsama.
Salam zaza.. tolong jawap pertanyaan saya ok.. saya sedang menunggu keputusan exam bulan depan dan saya ingin keputusan saya itu memuaskan dari sebelumnya, apakah belum terlambat untuk saya melakukan solat hajat?
boleh saya tau,
1) rakaat pertama lepas al-fatihah baca apa?
2) rakaat kedua lepas al-fatihah baca apa?
salam sekali je, then sujud then berdoa, kalau kita tak hafal surah bahasa Arab or Melayu tu, camne? kalau kita sujud terus memohon kepada Allah apa yang kita nak, boleh ke?
saya nak melakukannya dgn ikhlas sepenuh hati, dan saya nak Allah makbulkan permohonan saya ini sebab saya betul2 ingin mendapat keputusan yg baik dan masuk uni 😦
Salam : Wani,
Saya tidak tahu sejauh mana usaha zahir yg Wani lakukan, tapi utk solat hajat tiada masalah, cuma kalau keputusan tidak memuaskan hati, selalunya ada hikmah di sebaliknya, mungkin Allah nak beri yg lebih baik ataupun mungkin usaha kita tidak cukup kuat. Apabila keputusan tidak berapa baik, mohon pd Allah beri yg terbaik pd kehidupan kita pd masa2 akn dtg.
Rakaat 1 : Al Fatihah dan Surah Al Kafirun (kalau x hafal baca lah surah yg hafal).
Rakaat 1 : Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas
Salam sekali je, terus sujud, kalau tak hafal surah teruskan lah berdoa dlm hati dgn penuh khusyuk. Selain itu cubalah hafalkan doa( La ila ha illa anta subha naka inni kuntu minadzzalimin). Doa ini merupakan rayuan kita pd Allah dan cuba zikirkan doa ini pagi dan petang.
Selain solat hajat, kita boleh berdoa pada waktu2 mustajab, seperti antara azan dan iqamah(bila berada di masjid lebih baik : Azan –> Solat sunat Qabliyah –> Doa
Paling baik solat hajat waktu mustajab antara pkl 3 – 5 pg.
Sekiranya berpuasa, doa sebelum berbuka krn rintihan org yg sedang kelaparan didengari Allah. Sekiranya hari hujan, cpt2 tadah tangan berdoa Allahumma Soiyiba Nafi’a( Ya Allah berilah hujan yg bermanfaat) dan berdoa apa yg dihajat, berdoa ketika hujan didengari Allah krn pd ketika itu langit sedang terbuka dan doa di angkat ke langit.
Rajin2 lah mencuba solat tahajud krn khasiatnya sgt luarbiasa. Cuba sedaya upaya mengejar akhirat krn dunia akhirat akn mengejar kita kelak, sekiranya trlalu mengejar dunia, mgkin suatu hari dunia akhirat akan meninggalkan kita.
Amalkan ayat seribu dinar dan Surah Al Waqiah..rezeki luar biasa. Kalau tak fasih bc quran, cubalah belajar skg..Quran Nul Karim.. Al Quran itu mukjizat, pernah berlaku kejadian di Melaka seorg yg meninggal dunia jasadnya hilang ketika ingin di semadikan,ini difahamkan adlh krn beliau adlh seorg yg tdk prnh putus mengaji. Difahamkan jasadnya dihilangkan krn bumi ini tdk layak utk dia krn bumi ini kotor. Cerita ini tersebar di Mekah tapi tdk di Malaysia.
Semoga berjaya buat Wani dan semoga berjaya belajar Al Quran. Ameenn…
Wani, maaf ada tersilap tulis, lps sujud terus berdoa dengan sebutan sebab dah habis solat. Sekiranya masih dlm solat sahaja berdoa dlm hati ketika sujud(solat fardhu).
Salam lagi sekali, Zaza..
Saya fasih baca quran tapi saya tak pernah tahu apa ertinya. Saya rasa bersalah, dan tidak ingin mengulanginya lagi. Saya pernah dengar, untuk menjadi seorang Muslim yang baik, kita kenalah tahu apa erti bacaan Quran itu, dan tajwid juga mesti betul.. Sebab itu lah, sekarang ini saya baru nak membaca tafsir…. saya betul2 ingin mendalami bahasa Quran Nul Karim..
Boleh saya tanya lagi? Kalau nak lakukan solat hajat ni, bila-bila masa je ke? berapa kali boleh lakukannya dalam sehari? pasal saya pernah baca dari somewhere, ada waktu yang dilarang untuk menunaikan solat, tolong explain yang ini.. saya takut saya menunaikannya ketika waktu yang terlarang. Sungguh, saya tidak ingin melakukan dosa lagi.. dah cukup dah semuanya.. 😦 saya amat menyesali perbuatan saya yang lalu.. Saya ingin betul2 mendekatkan diri kepada Allah..
Salam : Wani
Ya betul Wani, ada solat yg haram di lakukan kecuali solat qada’ iaitu selepas solat subuh hingga terbit matahari dan selepas asar sehingga terbenam matahari.
asslamualaikum.
saya masih tidak jelas tentang lepas salam
sujud kembali?
maksudnya baca doa selepas bg salam?
bukan pada sujud yg terakhir?
tolong jelas kan.
Excellent blog! I actually love how it is easy on my eyes and also the facts are well written. I am wondering how I may be notified whenever a new post has been made. I have subscribed to your rss feed which must do the trick! Have a nice day!
Asalamualaikum..
Minta bagi pandangan pada permasalahan yang dhadapi.
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya sedikit,jika saya tak dapat menghafal doa yg sepatutnya dibaca sewaktu sujud itu..tetapi masih mahu mengerjakan solat sunat hajat,..adakah solat hajat saya diterima?..
Jika boleh dijawab soalan ini dalam waktu yg singkat
nak tanya pasal solat min hajati… dibuat 4 rakaat satu salam… tiada tahayat awal… ada orang ajar saya. tapi saya tak amal sebab tak ada orang boleh bagitau tentangnyapada saya…
ye lah, saya sgt musyhkil, ada sesiapa tolong bagitau. pertanyaan saya sama dgn Sakinah. Selalunya saya diterangkan berdoa setelah bacaan tasbih dalam sujud yang terakhir.bolehkah cara begini?
Assalammu’alaikum…
Saya ingin bertanya selepas sembahyang rakaat pertama, adakah kena baca tahiyat awal seperti biasa? dan macam mana kalau kita tak dapat hafal doa tersebut? terima kasih kerana membantu..
Assalamualaikum….saya ingin mengajukan satu soalan, saya beberapa bulan lagi akan menduduki UPSR…jadi saya ingin bertanya bahawa….. kebiasaannya solat hajat ini ditunaikan bila dan adakah ia mesti dilakukan dengan kusyuk? …terima kasih..
salam,
solat hajat 2 rakaat yg paling ringkas.
selepas salam terus sujud semula dan bacalah ayat quran yg berbunyi laila hailla anta subhanaka inni kuntu minadzalimin,bacalah paling sikit 3 x dan kalau mampu bacalah 40x. selepas baca itu barulah berdoa apa yg di hajatkan. mengenai tahyat awal,belajarlah syarat2 sah solat.
ayat quran tadi itu kalau boleh carilah maknaya dan kalau tak tahu mestilah belajar dan berguru, jgn belajar sendiri nanti syaitan dan jin yg ajar kita. sebab tu ada orang jadi sasau bila belajar sendiri,kadang tak tahu maknya,bacaan jd lain maknanya dah lain.
tksh.
kenapa dah solat 5 waktu dan dah solat sunat tapi masih susah nak istikamah solat maksudnya tak akan meninggalkan solat.selalu rasa malas nak solat.padahal semua solat sunat dilakukan begitu juga puasa sunat tapi masih juga malas solat.selalu juga terbabas.
Insyallah akan aku amalkan..
Assalamualaikum
emm nak tanye ckit,bleh kan bace slawat lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin pada sujud terakhir sunat hajat.Klo tersalah ejaan selawat di atas tlg betulkan.Sekian
jjj
Saya harap sangat anda bagi respon
Klo x baca doa qunut takpe kan waktu solat subuh sbb ustaz saya ada ckp x pe klo x baca
nak tanya sikit, benar kah di haramkan solat sunat dari pukol 7.15 hingga ke 8 pagi dan juga selepas asar hingga masuk maghrib? jika ade dalil2 or potongan ayat atau dari hadis nabi lebih baik. tq soo much
salam, zaza.
saya nak tanya lepas salam, kita terus sujud dan berdoa ketika sujud, sampai selesai kita berhajat kepada tuhan, kita duduk, adakah kena sapu muka atau tak perlu?
Salam
berbahagialah orang” yg mengerjakan sholat pada waktu tengah malam. niscaya akan terqobul do’ax, dan tenang dalam menghadapi segala cobaanNYA.
rakaat prtama dan ke-2 mase sjud bace mcm biase or bce dgn hajat yg kite inginkan??
assalamualaikum..
Saya nk tnye..surah yg perlu dibace tu, mcm yg kat atas ni kate baca ayat kursi pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua..
tp saya ada rujuk pada buku agama, mengatakan perlu bace surah al-kafirun 10x pd rakaat pertama dan surah al-iklhas 10x pada rakaat yg kedua..dulu mase buat solat hajat ramai2 kat skola, rasenye kene bace 10x jgk..
Lg 1 nk tnye..hajat yg kite nk pohon tu bace sblm tahiyat akhir atau sesudah salam dan sujud semula? jika slps salam dan sujud semula..lepas kita sesudah sujud utk bgn tu,perlu buat ape? cth sapu muke mcm slps salam atau tak perlu buat ape2..
salam…. minta izin nak copy ,muga berkat ….tq
Assalamualaikum..
maaf menganggu . . .
sekadar mahu berkongsi . . .
solat shj ikut basic . rukun jgn tinggal ikut kesesuaian solat fardu mahupun sunat , 4 rakaat mahupun2 rakaat . niat dan hajat dan amalan2 bacaan itu adalah tambahan . menambahkan nya lg afdal . cth* mcm makan nasi putih , nak sedap tambah lauk dan ikut selera masing2 . makbul atau tidak kita berserah . krn usaha yg terbaik dgn kemampuan dan pengetahuan yg ada . niat ikhlas dan penuh harapan . insyaallah yakin lah krn Allah Maha Mengetahui dan sebaik2 pemakbul doa yg baik . yg penting ikhlas , bersungguh , yakin , tawakal .
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya adakah saya boleh menunaikan solat hajat dan tahajjud untuk tunang saya. saya ingin dia sembuh dr penyakit kanser otaknya..tolonglah jawab soalan saya dgn segera..tq
assalamualaikum….sy ad bt solat hajat, sebanyak 2 rakaat,.. di mane rakaan prtama sy bce surah al-kafirun sbyk 11x dan rakaan ke-2 sy baca sbyak 11x gak… sujud yg trakhr sy bt hajat…slps solat pn sy brdoa gk.. sah ke solat sy tuk..kalau solat hajat tuk mohon jodoh bagaimana doa die yea..
salam,
adakah solat hajat 2rakaat boleh meminta hajat yg besar?contoh nya utk mohon kesembuhan sesorang dengan segera?..harap dapat jawab soalan saya,, TERIMA KASIH…
dalam solat sunat hajat,lps selesai sjud,kalu kita tak membaca doanya,ape hukumnya?
asalamualaikum,, bole saye tanya ? bacaan pendek sedikit x de ker?
asalamualaikum boleh saye tanya…ada ke rukuk n iktidal dlam solat hajat…yelah sya agk keliru sikit……x kan lh kita terus sujud??????so tolong jwb soalan sya nii
Waalaikumusalam…
dlm solat hajat ni adlh sme sprti solat harian yg kte lkkn….
so rukuk n iktidal prlu ade dlm solat hajat…
Assalamualaikumwarahmatullah hiwabaratuh….salam sejahtera…
disini saya ingin mengajukan 1 soalan,adalah Tuhan kabulkan doa umatnya jika sekiranya hmbanya ini sembhyg ajat memohon restu…tpi dalam yang sama hmba ne susaah nak smbhyg 5 fardu ne….jika ada masalah baru timbul nak sembhyg itu pn smbhyg hajat sahaja…wallah hu aklam…
salam….
nk tnye….
bleh ker klu kte brdoa pd sujud yg trakhir dn juga brdoa
slps mmbr slm..??? (brdoa 2 kali)
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang solat.
1) Apabila melafazkan niat, adakah kita patut melafazkan niat, “Usholi…” dan ertinya di dalam bahasa Melayu di dalam hati atau “Usholi” sahaja. Ataupun, melafazkan dalam bahasa Melayu sahaja sudah mengcukupi.
2) Selepas takbiratul ihram, perlukah kita membaca surah Iftitah sebelum membaca surah Al-Fatihah.
3) Selepas itu membaca surah Al-Kafirun di rakaat pertama dan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas di rakaat kedua. Berapa kali harus saya membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlaas?
4) Selepas salam, harus terus sujud dan membaca doa tetapi jikalau tidak menghafal surah tersebut, adakah surah lain yang boleh dibaca atau boleh terus berdoa? Saya ada membaca supaya membaca surah Nabi Yunus empat puluh kali sebelum berdoa. Adakah ini benar dan adakah cara-cara untuk mengira berapa kali kita sudah membaca doa tersebut. Takut-takut nanti membaca kurang atau lebih.
Saya berharap boleh mendapat jawapan untuk soalan ini.
Terima kasih.
Alhamdul…… sekurang-kurangnya saya megerti pak.
assalamulalaikum….
ader pertanyaan….
kalau saya buat solat hajat pada siang hari..boleh ke…
dan…
saya berhajat pada rakaat terakhir dan sujud terakhir…selesai berhajat baru bagi salam…
boleh ker….ader ke hajat saya sampai dan doterima…
assalamualaikum. . sy berniat untuk buat solat hajat untuk allah beri petunjuk siapa si pelaku yg menaburkan bunga dan limau di depan pintu rumah saya dan diatas kereta saya baru2 ni. ada ustad yg kata doa semasa sujud tu juga boleh guna bahasa rumi pun boleh kan?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ustaz.saya nak tnya semasa solat subuh bila imam membaca doa qunut kita juga kena membacanya sama atau kita diam je
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ustaz.blh ✗ ustaz bagi doa solat hajat ini dalam bahasa rumi.sbb erti dia saya phm sbb diterjemahkan dlm rumi.
[…] alivewire.wordpress.com […]
Kenapa Allah tak kabulkan doa untuk membantu orang Palestine sedangkan umat Islam seluruh dunia sudah menunaikan solat hajat…dah bertahun-tahun kita bersolat hajat tapi pihak Zionis tidak sedikit pun lemah…apakah Allah tidak tidak dengar doa hajat kita…..apakah perlu tunggu kiamat baru Allah kabulkan atau kita yang tidak betul.?