Daripada Aishah r.a. daripada junjungan Nabi s.a.w., sabdanya; Bandingan orang yang membaca Al-Qur’an dan ia hafaz- iaitu memeliharanya, meng elok bacaannya – adalah bersama-sama malaikat, iaitu bersama malaikat yang menulis Al-Qur’an daripada Luh-Mahfuz atau bersama malaikat yang menulis amalannya. Ini menunjukkan betapa tinggi martabatnya.
Dan bandingan orang yang membaca Al-Qur’an dan ia membacanya dengan cermat dan hati-hati, supaya jangan tersalah, pada hal bersangat payah keatasnya – kerana ketiadaan hafaznya atau kurang mahirnya – maka baginya dua pahala.
Kesimpulannya: Orang yang membaca Al-Qur’an itu tidaklah sia-sia, lebih-lebih orang yang mengerti apa yang di bacanya maka lebih pula balasan pahala di atas bacaannya itu.
Subhanallah, sungguh luar biasa…
http://wp.me/nk5k
Ingin mengamalkan tasbih ulul azmi sila hubungi ABJAD MALAYSIA.P.K.2090
maaf. saya sgt tidak paham maksud di atas. boleh tolong terangkan
Salam,
Saya ada mendengar kisah seorg penduduk Melaka di Linggi yang meninggal dunia dan jasadnya hilang ketika ingin disemadikan. Difahamkan kejadian ini berlaku kerana beliau tidak putus mengaji Al quran, jasadnya diangkat krn bumi ini kotor dan dirinya suci. Cerita ini didengar oleh sahabat saya di Mekah tapi tidak tersebar di Malaysia.
ALLAH MAHA AGUNG MAHA MENGETAHUI,,, YA ALLAH