Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. berjalan melalui seekor kibas yang telah mati, lalu Baginda s.a.w. bersabda:
Ertinya:
”Bagaimanakah pendapatmu semua mengenai kibas ini. Adakah ia hina (tidak berharga sama sekali) bagi pemiliknya?” Para sahabat menjawap: ”Benar dan kerana tidak berharga lalu mereka buangkan sahaja.”
Baginda s.a.w. bersabda lagi: ”Demi zat yang jiwaku ada di dalam kekuasaanNya, bahawa dunia ini lebih hina di sisi Allah dari kibas yang mati ini bagi pemiliknya. Andaikata dunia ini disisi Allah di anggap menyamai harga selembar sayap seekor nyamuk, tidaklah Ia akan memberi minum kepada seseorang kafir seteguk air pun daripadanya.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim)
Baginda s.a.w. bersabda pula:
Ertinya:
”Mencintai dunia adalah pokok dari segala kesalahan.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Baihaki)
Ada pula sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Ertinya:
”Sesungguhnya dunia ini adalah manis dan hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua sebagai khalifah (penghuni) di situ, maka akan di periksa bagaimana kamu semua beramal.”
(Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya dunia adalah paling hina, jika ia dihinakan