Kalau hendak menguji sesuatu urusan yang kita hendak jalankan itu boleh menjadi atau tidak, hendaklah di ambil lidi di jengkal dengan jari kita satu jengkal kemudian di baca Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga ( 3 ) kali sambil di niatkan hajat kita tadi. Sekiranya terpanjanglah sedikit bilah itu daripada jengkal asal itu maka bolehlah menjadi dan ada harapan berjaya, tetapi kalau terpendek alamat tak boleh menjadi atau tidak ada harapan berjaya.
Wallahualam bissawab.
Salam,
Pernahkah anda mencuba petua ini dah sekiranya ia, pernahkah terjadi?
As Salaamu ‘alaikum..
Tak Pernah. Saya lebih suka buat solat Istikhoroh bila berada di persimpangan, walaupun perkara itu sangat kecil.
Jazaakallaahu Khairan.
(Semoga Allah membalasmu akan kebaikan)
Nak tanya, ini macam menilik nasib je…?
Peace…