Bacalah ayat di bawah sebanyak tujuh ( 7 ) kali setiap lepas solat wajib yang lima atau pada setiap kali waktu hendak makan, Insya’ Allah akan di kasihi oleh manusia. Amalan ini baik untuk mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin, guru, ahli perniagaan dan apa sahaja perkerjaan yang banyak urusan dengan orang ramai.
(Surah Al-Insaan; Ayat 1-2)
“HAL ATAA ALAL-INSAANI HIINUM MINADDAHRI LAM YAKUN SYAI-AN MAZKUUROO INNAA KHOLAQNAL IN SAANA MIN NUTH FATIN AMSYAAJIN NABTALIIHI FAJA’ALNAAHU SAMII-AN BASHIIROO.”
Ertinya :
“Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Boleh saya tahu, ayat ini di ambil dari surah apa.
Surah Al-Insaan; Ayat 1-2.