Firman Allah SWT di dalam ayat 18 Surah A-Li ’Imraan:
”Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Nabi saw bersabda kepada Ibnu Mas’ud :
”Waha Ibu Mas’ud, dudukmu satu saat di Majlis Ilmu tanpa menyentuh pena dan tanpa menulis huruf adalah lebih baik bagimu, daripada membebaskan seribu hamba sahaya. Dan pandanganmu kepada wajah orang alim kerana cinta lebih baik bagimu, daripada memberi sedekah seribu ekor kuda di jalan Allah, iaitu di dalam memerangi orang-orang kafir untuk menegakkan agama Allah Ta’ala. Dan ucapan salammu kepada orang alim lebih baik bagi mu daripada ibadah seribu tahun.”
Leave a Reply