Dari Mu’adz bin Jabal r.a. beliau berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Pelajarilah ilmu itu dengan bersungguh-sungguh, kerana Allah SWT. Ini merupakan satu kebaikan. Adapun mentadaruskan ilmu itu merupakan tasbih, membahasnya merupakan jihad, sedangkan menuntutnya merupakan ibadah. Adapun mengajarkan ilmu itu sama dengan sedekah, memberikan ilmu kepada ahlinya merupakan satu korban, memikirkan ilmu menyamai puasa, muzakarah ilmu sama dengan mengerjakan sembahyang sunat.”
Leave a Reply