Kewajipan para pelajar atau orang yang akan mempelajari kitab-kitab agama Islam adalah mengirim hadiah surah Al Fatihah kepada pengarangnya. Ini bermaksud supaya mendapat kelancaran di dalam muthala’ah sehingga di perolehi ilmu yang banyak dan bermanfaat.
Oleh kerana itu, setiap kali akan muthala’ah sesuatu kitab agama, baca lah surah Al Fatihah dengan tata cara sebagai berikut :
“ILAA HADHRATI RUUHI MU – ALLIFI HAADZAL KITAAB, AL FAATIHAH!”
( Kehadirat ruh pengarang kitab ini, Al-Fatihah )
Kemudian baca lah surah Al-Fatihah dengan tertib dan khusyu’. Insya’Allah, dengan cara begitu akan mudahlah muthala’ah sesuatu kitab.
Sebaiknya, hendaklah muthala’ah sesuatu kitab itu dalam keadaan ada wudhu’, kerana bahawasanya ilmu itu nur dan wudhu’ itu pun nur. Maka bertambah-tambahlah oleh nur ilmu dengan nur wudhu’ itu.
Wajib kita meletakkan kitab itu di tempat kedudukan yang atas dan baik, dan semoga dengan menghormatinya akan membawa manfaat ilmu itu terhadap kita.
Leave a Reply