Dunia Ini Di buat Penuh Dengan Ujian, Pada Hakikatnya Agar Orang Itu Menjadi Bosan, Lalu Condong Pada Kehidupan Akhirat.
“Bahawasanya Allah menjadikan dunia ini sebagai tempat ujian (kesedihan) dan sebagai sumber kekeruhan agar kamu merasa jemu terhadapnya.”
Tidak ada orang yang terlepas dari kesusahan, demikianlah seni kehidupan. Hidup yang sementara, tapi penuh ujian dan tentangan, penuh kekeruhan dan kekurangan, hingga bermacam-macam bentuk kehidupan manusia di dunia ini. Orang yang kaya dan banyak hartanya menemui kesusahan sebab hartanya, orang yang miskin merasa susah sebab dari hajat yang di perlukannya. Begitu jua orang yang berpangkat dan berkedudukan yang sentiasa merasa susah sebab bimbang dan takut kedudukan pangkatnya. Kesimpulannya, tidak ada orang yang hidup di dunia ini merasa tenang dari berbagai ujian, walau bagaimana bentuk keadaan hidup manusia itu. Manusia itu dapat di kategorikan kepada empat kumpulan, iaitu;
1. Insan Hamba Kebendaan : yang bererti hidup mulia di dunia, tetapi hina di akhirat.
2. Insan Hamba Kerohanian : yang bererti hidup hina di dunia, tetapi mulia di akhirat.
3. Insan Muslim dua segi : yang bererti hidup mulia di dunia dan mulia di akhirat.
4. Insan Polos : yang bererti hidup hina di dunia dan hina pula di akhirat.
Pergolongan ini tidaklah mutlak menurut penilaian lahiriah, walaupun berdasarkan isyarat dari Al-Qur’an dan Hadith serta sunnah Rasulullah, kerana hakikat penilaian adalah ketentuan dari Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana: yang memberi ampunan pada sesiapa yang di kehendakiNya.
Leave a Reply