Kata Saidina Ali k.w. (karamullahuwajhah) :
Ilmu itu adalah lebih baik daripada Harta kerana :
1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan fir’aun.
2. Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.
3. Orang yang memiliki ilmu, ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.
4. Ilmu itu jika diajarkan, ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.
5. Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan. Manakala orang yang berharta pula di seru dengan kecelaan dan kebakhilan.
6. Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta pula perlu di jaga dari kecurian.
7. Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta, akan di hisab pada Hari Kiamat.
8. Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.
9. Ilmu dapat menerangkan hati. Manakala harta pula dapat mengeraskan hati.
10. Orang yang berilmu mendakwa kehambaan (bersifat rendah diri). Manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.
Leave a Reply