Bahawasanya Allah swt ada mempunyai 3000 (tiga ribu) nama iaitu:
(1) Sebanyak 1000 (seribu) nama – Allah Ta’ala memberi ketahui kepada malaikat- malaikat sahaja.
(2) Sebanyak 1000 (seribu) nama – Allah ta’ala memberi ketahui kepada Nabi-nabi sahaja.
(3) Sebanyak 300 (tiga ratus) nama ada tersebut di dalam Al-Taurat.
(4) Sebanyak 300 (tiga ratus) nama ada tersebut di dalam Al-Injil.
(5) Sebanyak 300 (tiga ratus) nama ada tersebut di dalam Al-Zabur.
(6) Sebanyak 99 (sembilan puluh sembilan) nama tersebut di dalam Al-Qur’an.
Dan 1 (satu) nama khas tersimpan di dalam pengetahuan Allah swt.
Sekalian makna nama-nama Allah Ta’ala yang 3000 (tiga ribu) itu ada terkandung di dalam ayat (Bismillahir rahmanir rahiem) dan jika siapa-siapa membaca Bismillahir rahmanir rahiem, nescaya mengurnia Allah swt kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurnia kepada orang yang membaca sekalian nama Allah swt yang 3000 (tiga ribu) itu.
Bersabda Nabi saw :
“Tiap-tiap urusan penting berharga, menjadi putus berkatnya jika tidak dimulai dengan ucapan : Bismillahir rahmanir rahiem”
(Hadis Riwayat Ar-Rahawy dalam Al Arbain).
“Tidaklah seseorang hamba membaca Bismillahir rahmanir rahiem melainkan hancurlah syaitan sebagai hancurnya timah di atas api”
(Hadis Riwayat As Sayuthy dalam Lubabul Hadis).
Subhannallah
Salam .Bolih kah Tuan Guru Berikan Nama nama ALLAh itu…WASALLAM
boleh saya tahu sumber yang menyatakan nama-nama Allah kesemuanya ada 3000? yang diberikan di atas hanyalah sumber yang menjelaskan kepentingan basmalah.