Di lakukan sebaik-baiknya selepas jam 12.00 malam. Selepas tiap dua rakaat, salam. Rakaat yang sebenar adalah tidak terbatas.
1. Lafaz Niat:
Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Takbiratul Ihram beserta niat.
3. Membaca Al Fatihah sekali dan Surah Al-Kaafiruun sebanyak 11 kali di dalam rakaat yang pertama.
4. Membaca Al Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlaas sebanyak 11 kali di dalam rakaat yang kedua.
5. Sesudah memberi salam, sujud semula dan baca :
1) Selawat ke atas Nabi Muhammad saw. – (10 kali)
2) Bertasbih – (10 kali)
3) Doa mohon kebajikan di dunia dan di akhirat – (10 kali)
6. Kemudian bacalah Doa berikut :
BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM
ALHAMDU LILLAAHIRABBIL ’AALAMIIN WA BIHI NASTA’IINU ’ALAA UMUURIDDUN YAA WADDIIN. ALLAAHUMMA SHALLI WASALLIM ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD SAYYIDIL MURSALIIN WA ’ALAA AALIHI WA ASH HAABIHI WATTAABI’IIN ILAA YAUMIDDIIN. LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIMUL KARIIM, SUBHANALLAAHI RABBIL ’ARSYIL ’AZHIM ALHAMDU LILLAAHI RABBIL ’AALAMIIN AS ALUKA MUUJIBAATI RAHMATIKA WA ’AZAA-IMA MAGHFIRATIKA WAL GHANIIMATA MIN KULLI BIRRIN WASSALAMATA MIN KULLI ITSMIN LAA TADA’ LII DZANBAN ILLAA GHAFARTAHU WA LAA HAAJATAN HIYA LAKA RIDLAN ILAA QADLAITAHAA YA ARHAMARRAAHIMIIN.
Ertinya:
”Dengan menyebut asma Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Dan kepada-Nya kami mohon pertolongan atas urusan-urusan dunia dan akhirat. Ya Allah, berilah rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad pemimpin segenap Rasul dan kepada segenap keluarga, sahabat dan pengikutnya hingga hari akhir. Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah yang lapang hati dan Dzat yang mulia. Maha suci Allah yang menguasai ’Arasy dan Dzat yang Agung. Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Aku mohon kepada-Mu akan segala perkara yang menetapkan rahmat-Mu dan maksud-maksud mohon ampunan-Mu, dan mohon keuntungan dari segala kebaikan dan mohon keselamatan dari segala dosa. Ya Allah, jangan hendaknya Engkau membiarkan dosa tetap padaku, melainkan Engkau mengampuninya, jangan pula hendaknya Engkau membiarkan kesusahan tetap padaku, melainkan engkau menghilangkannya dan jangan hendaknya hajat kemahuan yang Engkau redhai melainkan Engkau tetapkan padaku, wahai Dzat yang Paling Penyayang.
7. Akhir sekali, mohonlah kepada Allah SWT sebarang hajat anda untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.
Assalamualaikum.sy nak bertny.selepas sujud akhir kita harus sujud kembali tanpa memberi salam. bolehkah kita menggunakan ayat sprt berikut:-
1) selawat keatas nabi (3x)
2) istigfar (3x)
3) bertahmid (subhanallah walhamdulillah …. 3 x)
4) doa ( allahummarobbana a tina fiddunya …. 3X)
kerana sy lihat pd solat sunat hajat 3 mahupun 4 agak sukar utk sy ikuti. lebih2 lg utk menghafal nya.
sekian..
Asalamu ‘alaikum, cuba tengok semula teks LATINnya, agaknya tertinggal bacaan baris iaitu….
…teksnya selepas …ILLAA GHAFARTAHU WALAA HAMMAN ILLA FAR-RAJTAHU, WALAA HAAJATAN HIYA-LAKA RI-DHAN ILLAA QADHAITAHAA YA ARHAMARRAAHIMIIN.
BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM
ALHAMDULILLAAHIRABBIL ’AALAMIIN WA BIHI NASTA’IINU ’ALAA UMUURID-DUNYAA WADDIIN. ALLAAHUMMA SHALLI WASALLIM ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD SAYYIDIL MURSALIIN WA ’ALAA AALIHI WA ASH-HAABIHI WATTAABI’IIN ILAA YAUMIDDIIN. LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIMUL KARIIM, SUBHANALLAAHI RABBIL ’ARSYIL ’AZHIM. ALHAMDU LILLAAHI RABBIL ’AALAMIIN AS ALUKA MUUJIBAATI RAHMATIKA WA ’AZAA-IMA MAGHFIRATIKA WAL GHANIIMATA MIN KULLI BIRRIN WASSALAMATA MIN KULLI ITSMIN LAA TADA’-LII ZANBAN ILLAA GHAFARTAHU WALAA HAMMAN ILLA FAR-RAJTAHU, WALAA HAAJATAN HIYA-LAKA RI-DHAN ILLAA QADHAITAHAA YA ARHAMARRAAHIMIIN.
yg , muga dapat diperbetulkan ya..Wasalam
kalau solat hajat kat sekolah sya , ustaz sya buat sujud rakaat kedua terus buat hajat…
adakah ia boleh dilakukan seperti itu atau sebaliknya???
blh tak baca doa dlm bhsa melayu?x sah ke solat tu kalau x baca dalam bhsa arab?
Assalamualaikum,saya ingin bertanya..setelah kita m’beri salam..kmudian kita b’sujud m’mohon hajat..stelah slesai..perlukh kita m’beri salam skali lgi stelah slesai m’mohon hajat(slesai sujud)?
kpd saleem..mak cik tak nampak lagi yg mana tertinggal baris..boleh tolong tunjuk yg mana yg salah tu..
assalamualaikum ..
disini saya ada satu kemusykilan , bolehkah solat hajat dilakukan dengan 4 rakaat satu salam ??