Setengah alim ulama berkata:
Syurga itu ada lapan;
Pertama daripada mutiara putih bagi hamba-Nya yang bertaubat.
Kedua, syurga Asalam daripada yakut merah untuk para hamba-Nya yang sabar.
Ketiga, syurga Al-Ma’wa daripada zabarjad hijau bagi para hamba-Nya yang takut kepada Allah.
Keempat, syurga Al-Kuldi daripada pualam merah. Ada riwayat lain menyatakan bahawa syurga itu daripada emas merah untuk para hambanya yang bertakwa.
Kelima syurga An-Naim daripada perak putih untuk para hamba yang kasih sayang ke pada-Nya.
Keenam syurga Firdaus daripada emas merah untuk hamba-Nya yang redha pada takdir.
Ketujuh pula ialah syurga darul Qarar daripada Kasturi yang sangat harum untuk para hambanya yang kasih pada Tuhan-Nya.
Kelapan, syurga Aden daripada mutiara putih untuk hamba-Nya yang kasih sayang. Ia merupakan syurga yang tertinggi di bawah Arasy yang Maha Penyayang. Rasa nikmat belum pernah di rasai oleh pancaindera manusia.
Allah swt menjadikan tujuh lapis neraka pada hari Ahad yang di beri nama ;
Pertama, Jahanam untuk dimasukkan umat Nabi Muhammad saw yang berdosa,
Kedua, bernama Sair untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani,
Ketiga, bernama Saqar untuk orang-orang Yahudi,
Keempat bernama Muhim untuk orang-orang yang sombong,
Kelima bernama Huthamah bagi orang-orang yang jahat, pemarah dan ganas, zalim dan khianat.
Keenam bernama Lazha untuk dimasukkan orang-orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Ketujuh bernama Hawiah untuk orang-orang pemuja berhala. Neraka ini tempatnya paling bawah di dasar neraka dan merupakan tempat siksaan yang paling pedih.
Assalamu’alaikum Wr Wb.
Terima kasih sekali atas informasi yang kami dapatkan tentang macam-macam syurga semoga bermanfaat untuk semua kaum muslim amiin.
Sangat mudah utk kata atau tulis…
tapi sngat berat utk usaha masuk kedlmnya….
syukran 4 the information
bolehkan!!!!
saya mencatat untuk tugas SKI
Salam.
Ustaz tertinggal nama neraka wail…
Neraka ada 8 lapis bukan 7.
Sekian, terima kasih.
blh kan sy post nie kat nota fb sy..
Syukron, sahabat…smg bermanfaat
senang ja nak masuk
assalamualaikum ustaz,boleh saya tanya,apakah amaln yg perlu di lakukan oleh seorang manusia,bagi mewarisi syurga firdaus?
ciri² penghuni syurga firdaus
http://cerekaduniaakhirat.blogspot.com/2008/08/tujuh-ciri-penghuni-syurga-firdaus.html
terima kasih atas informasi di atas.
syurga tertinggi ialah syurga firdaus.. ini berdasarkan hadis rasulullah:
Rasulullah bersabda: jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
salam terima kasih tapi saya masih mencari2.