Tiada seorang pun dari ahli perniagaan yang tidak mengharapkan mendapat keuntungan yang banyak dengan jalan halal dan mengandungi berkah. Untuk memperolehi hasil yang banyak, selain dari bekerja keras dengan di sertai kejujuran, kita juga digalakkan berusaha secara batin, iaitu berdo’a kepada Allah, atau mengamalkan sesuatu amalan yang sifatnya menebalkan keyakinan dan ketaqwaan kepada-Nya.
Di bawah ini merupakan amalan ahli perniagaan untuk mendapat keuntungan dengan izin Allah s.w.t. Iaitu setiap kali keluar berniaga membaca Syahadah 18 kali, dengan cara berikut :
1. Pertama kali menghadap ke barat (kiblat) sambil membaca Syahadah 3 kali.
2. Kemudian menghadap ke selatan sambil membaca Syahadah 3 kali.
3. Kemudian menghadap ke timur sambil membaca Syahadah 3 kali.
4. Kemudian menghadap ke utara sambil membaca Syahadah 3 kali.
5. Kemudian menghadap ke bawah sambil membaca Syahadat 3 kali.
6. Kemudian menghadap ke atas sambil membaca Syahadat 3 kali.
Inilah bacaan Syahadah itu:
“ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLALLAAH, WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH”
Ertinya:
Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang wajip disembah kecuali Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah.”
Demikianlah amalan orang yang berniaga, sehingga usaha perniagaannya mendapat kemajuan dan selalu dalam limpahan redha dan rahmat Allah. Insya’allah. Lakukan seperti petunjuk di atas setiap hari ketika akan keluar berniaga.
Leave a Reply