Pada tahun 1986, saya dan bersama-sama sahabat yang sama-sama belajar di Matrikulasi Universiti Sains Malaysia, merancang untuk mendaki Gunung Ledang yang terletak di Melaka pada cuti semester.
Saya berasal dari Tampin, Negeri Sembilan. Sedangkan sahabat-sahabat saya yang lain berasal dari Negeri-negeri lain seperti Pulau-Pinang, Pahang, Terengganu, Johor dan Melaka . Kami sepakat untuk berkumpul pada hari [...]