Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;
1. Lafaz Niat:
![]()
Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Takbiratul Ihram beserta niat.
3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.
4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;

Ertinya :
Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
doa yang di atas itu,adakah di baca sebelum atau selepas memberi salam pada rakkat yang terakhir.
kerana laman web yang saya berikan di bawah ini mengatakan bahawa Pada rakaat yang terakhir(rakaat ke 12) sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir
http://cybermosque.mpsj.gov.my/solhaja.html
dan doa nya berlainan, terangkan kepada saya wahai hamba allah
2. Selepas memberi salam pada rakaat yang terakhir. Sujud semula dan membaca doa. Yang di larang adalah membaca Al-Quran di dalam sujud, bukannya berdoa.
Sabda Rasulullah SAW : Ketahuilah sesungguhnya aku di larang membaca doa dari Al-Quran ketika dalam rukuk atau dalam sujud. Adapun ketika rukuk maka berilah penghormatan kebesaran kepada Tuhan Azzawaajalla. Adapun ketika sujud, maka sungguh-sungguhlah kamu berdoa padanya maka sayugia sekali diperkenankan bagimu.”
Tiada larangan membaca doa sebelum atau selepas memberi salam pada rakaat yang terakhir.
Wallahualam bissawab.
(Kiranya ada kesilapan dan kesalahan sudilah kiranya sama membetulkannya)
assalamualaikum..disini saya ingin bertanya,apakah dalil yang boleh menerangkan tentang kebolahan sembahyang sunat hjat itu dibolehkan mengerjakan dua,empat atau 12 rakaat.dan apakah hikmah dari mengerjakan sembahyang sunat hajat ini?
Wa’alaikummussalam,
Sila rujuk kitab Ihya’ Ulumuddin (Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin) karangan Imam Al-Ghazali berkenaan solat sunnat hajat ini.
Jazaakallaahu Khairan.
Salam,
Saya cuma ingin mendapatkan kepastian mengenai pendapat yang menyatakan bahawa ada solat hajat yang dikerjakan dalam bentuk 4 rakaat serta 1 salam di mana ianya adalah bertujuan untuk hajat yang besar seperti menghalang perbuatan jahat seperti sihir.
Wasalam
assalamualaikum,,
saya nak tanya,, bilangan hajat yang dipohon dalam solat sunat hajat terhad kepada satu sahaja atau boleh memohon segala hajat yang diingini?
terima kasih atas jawapan anda…
assalamualaikum,,
saya nak tanya,, bilangan hajat yang dipohon dalam solat sunat hajat terhad kepada satu sahaja atau boleh memohon segala hajat yang diingini?
terima kasih atas jawapannya..
solat hajat sebenarnya mempunyai banyak cara dan bergantung kepada pentingnya situasi. Jika anda belajar salh satu cara, maka disini merupakan salah satu cara untuk solat hajat. Perlu dingat solat hajar dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu kepada Allah. Mana-mana cara tak salah kerana ianya hanya solat sunat, buat dituntut tan buat tak menjadi kesalahan. bila nak buat ikutlah panduan dari guru. Kebanyakan solat hajat yang dibuat semuanya adalah yang terbaik dan mengikut situasi masalah yang dihadapi. sebagai contoh jika kita sedang menghadapi kemarau panjang maka solat 12 rakaat adalah yang terbaik. sebaliknya jika untuk exam, biasanya kita lakukan 2 rakaat sahaja. harap membantu
terima kasih berkongsi ilmu
Assalamualaikum, boleh saya tahu surah al kafirun dan ayat kursi harus di baca berapa kali? Ada orang kata 3 kali setiap rakaat dan ada yang kata 11 kali di rakaat pertama dan 10 kali di rakaat ke dua. Kalau ya , bagaimana ? Di selang seli atau ayat kursi dulu dan di ikuti surah al kafirun.
assalamualaikum………
saya ingin tahu apakah maksud solat 12 rakaat
maksud solat 12 rakaat adalah solat yang dilakukan sebanyak 12 rakaat dengan satu salam bagi setiap 2 rakaat…harap dapat membantu.
assalamualaikum……….
boleh x terjemahkan dalam bhs rumi kerana potongan ayat di atas tidak seberapa jelas.
saya memang x fhm tentang solat hajat nie…………
harap2 ada orang yang sudi membantu………..
Assalamualikum,
Maafakan saya, tapi bukankah selepas surah al-fatihah surah al-kafirun dibaca dan bukan ayat kursyi?
dan saya ingin bertanya juga, macam manakah sembahyang sunat hajat yang mengandungi 12 rakaat dilakukan? Tolong beri informasi dengan teliti dan dengan satu-persatu.
assalamualaikom
bolih ke tuan tolong tulis sembahyang hajat dlm bahasa rumi kerana saya tak faham bahasa jawi.
bolih ke tuan tulis secara lengkap dari mula niat dan sujud dan doa sembahyang hajat dan bagi salam semasa nak habis kan sembahyang hajat tu.
wassalam
rozita
salam
saya nak tahu dalam sekali setiap solat hajat bileh ke kita memohon hajat2 yg kita mahukan secara serentak?, atau sekali solat satu hajat sahaja?
terima kasih atas jwpn anda.
brape rakaat sebenarnye solat hajat?
bape byk kali doa spttonye bace?tolong jelaskan dgn lebih terperinci..terima kasih
Solat hajat untuk memohon agar anak mendengar kata dan rajin membaca. Untuk peperiksaan dan sebagainya. Harap dapt membantu
saya nak tnya….
apa hukum membaca doa pada sujud terakhir..??
assalammualaikumwarahmatuallah,
saudari/saudara :
sy tidak lama lagi akan hadapi final last semester sy di pengajian diploma ini..
di sepanjang pengajain sy berbagai – bagai dugaan telah terjadi sehingga sy exstend sem..
sekaranglah sy mengganti pengajian itu..
oleh itu sy berharap sanagt untuk menunaikan solat hajat..
kerana sy tidak yakin dengan sebelum -sebelum ini solat hajat yg pernah sy lakkukan..
oleh itu sy mengharap banatu an dari pada anda untuk membantu sy melakkukan dengan seyakin yakin nya..
wassalam
saya nak bertanya…
sah ke solat kalau kita solat dalam keadaan yang tdak selesa???
tahun ini saya akan menghadapi PMR…
perasaan takut membuak-buak dalam diri saya…
bagaimana mahu menghindari perasaan itu???
Assalamualaikum
saya mau bertanya bisa ngga tolong di jelaskan lebih lanjut lagi tentang shalat Hajat dan Hadist-Hadist yg syahih.
karena sebagian Ulama mengatakan bahwa tidak ada Hadist yg syah mengenai salat hajat jadi keberadaannya masih di ragukan…ga seperti shalat2 yg lain seperti Istikhoroh dan Tahajud.terima kasih sebelumnya.
wassalam
sy ingin bertanye, bleh ke sy nk melakukan kn sembahyang hajat, dgn hajat semoga tuhan mempercepatkan ajal seseorang itu, atas sbab2 yg tertentu
Assalammualaikum Tuan Hj,
ingin mengetahui mendalam sembahyang sunat hajat. jikalau di tulis dalam rumi mungkin dapat feadah pada diri saya mahu pun pada orang yang kurang memahami bahasa jawi. beasr harapan jika dapat menerangkan dan dapat mengubah kehidupan saya masa kini.
Suami sangat bertanggungjawab dari segi rohani dan
jasmani, baik, penyayang terhadap keluarga amat
bahagia dah 24 tahun kahwin (bersama) tapi sayang sekali
suami tidak izin menutup aurat, saya tidak pernah tinggal solat 5 waktu (kecuali uzur) macam mana nak melembutkan hati suami agar rajin solat.
Salam
saya ingin bertanya sekiranya kita membuat 2 rakaat sahaja adekah perlu kita membuat sujud diluar solat @ selesai sujud akhir dan membaca tahiyat terus berdoa (hajat kite).
Waktu manakah yg lebih afdal untuk kita sembahyang haja supay dimakbulkan.
Salam..ingin saya memohon kebenaran utk menyalin doa2 yg dipaparkan…..mudah2 mndapat keberkatan dari ALLAH s.w.t .terima kasih
salam…saya nak tanya doa sujud tu di baca selepas salam? salam yang akhir ke,lepas tu sujud pulak dan baca doa tersebut? atau sujud ketika solat? saya kurang faham.
assalamualaikum…bleh sy tnya??? boleh tak kalau sy ulangkaji pd kul 4pagi???
saya ingin bertanya,semasa rakaat pertama bukan kah kita perlu baca surah al-kafirun?
ya sebolehnya pada rakaat pertama kita membaca surah al-kafirun tetapi terpulang kepada orang yang menunaikan solat jika tidak mampu yakni (menghafaznya) tidak mengapa diberi kelonggaran untuk membaca mana-mana surah lazim selain daripada al-fatihah. Dan sebenarnya pelaksaanaan solat hajat adalah bergantung kepada mazhab ataupun wali yang melaksanakannya sebab itu mengapa kita dapatai terdapat beberapa bacaan yang berbeza di dalam setiap solat hajat.
xder yg nak menjawab soklan di atas ke??? Haih~
HELLOOO
sholat hajat tuh kagak ada brooo………….rasullulloh gak prnh ngejalanin yg namanya sholat hajat, yg ada itu sholat tahajjud,rawatib,dll,nggak ada dalil/hadist yg menyatakan rasullulloh prnh menjlnkan sholat hajat.,,,BID’AH bngt tuh….hati2 dngn segala bentuk ibadah……ntar tertolak.,,krn dlm hadist shahih muslim,,,,,,nabi bersabda bahwa APA2 YG BUKAN DR SUNAHKU MAKA TERTOLAK…!!!!!!
salam..soalan yg banyak2 2 sapa yg nk tolong jawabkan
Lafaz niat Usolli sunnatal hajaati rak’ataini Lillahi Ta’ala. Penting niat dalam hati. Solat hajat ni selalu dibuat 2 rakaat satu salam. Masa paling afdhal tengah malam yakni lepas pukul 3–1/3 malam terakhir.
Kat sini ada rujukan carasolat hajat. http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/SunatHajat.htm
Kat sini ada rujukan cara solat hajat. http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/SunatHajat.htm
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/13/sembahyang-hajat/
macam dlm link tersebut..dpt difahami bahawa kalau ade hajat..then solat..so maksudnye tkde cara tertentu utk solat hajat..janji solat sunat 2 rakaat macam biase..
then lepas salam sujud semula..baca doa nabi yunus 40 kali..then doa la sebanyak mane pn..insyaALLAH..Allah maha mengetahui segala isi hati..selebihnye berserah saje kepada ALLAH…
jgn risau..tkde piawaian khas utk solat hajat..janji kalau nak solat tu penuhilah segala rukunnye..esp toma’ninah yg selalu org pandang remeh…
Salam,
1. Jika kita berhajatkan sesuatu yg teramat sangat bolehkan kita sembahyg hajat selepas solat wajib pada siang hari?
2. Sy memohon supaya rakan sekerja yang suka mengherdik, memaki hamun dengan perkataan kesat hatta “babi” pun pernah digunakan walaupun di atas kesalahan kecil, agar diberi pengajaran oleh Allah atas perbuatannya supaya dia insaf. Adakah ia dibolehkan?
3. Sy ada membaca doa pelembut hati sebelum berhadapn dgnnya tetapi dia tetap berkasar dengan sy. Adakah amalan yg sy boleh praktikkan supaya sy dilayan seadilnya?
Mohon ada yg sudi berkongsi pendapat kerana sy terpaksa berhadapan dgnnya setiap hari demi mencari rezeki untuk anak2 .
Sekian.
Jawapan :-
1. Boleh.
2. Doa supaya ditunjukkan dia ke jln yg benar dan diberikan hidayah.
3. Baca Ya Latif 1000x sekali duduk. Lepas tu tiap2 hari baca Ya Latif 100x. (Maknanya Yang Maha Lembut).
Insya allah berkesan….
Sholat lail atau sholat malam atau sholat tahajud sudah jelas tuntunannya. Lafaz niat sholat hajat di atas entah berasal darimana, tidak jelas asal usulnya. Beramallah dengan dalil yang jelas sumbernya yaitu Al Qur’an dan hadist yang sohih. Agama Islam sudah sempurna. Janganlah beramal tanpa ilmu (dalil yang syah).
a’kum…
solat hajat…betul ke klu nk sembahyang hajat,rakaat pertama kena baca surah al-kafirun 5x,rakaat kedua pula kena baca surah al-ikhlas 7x?
assalamualaikum…..saya yang daif ni ingin bertanya beberapa persoalan yang timbul difikiran saya…kalau saya ingin memileh menantu yang sesuai untuk anak saya adakah lebih afdal saya mendirikan solat hajat atau solat istiqarah sedang saya hanya ada seorang calon. pernahkah tuan dengar kalau kita taktau nak membuat keputusan elokkah kita membuka Al Quran untuk mendapat petunjuk Nya. t.k
salam… bolehkah tuan memberi doa atau pedoman buat saya yang selalu menghadapi kerenah anak anak yang sering bertengkar dan bergaduh. t.k
Assalamualaikum, banyak cara menunaikan sembahyang hajat, yang penting ada guru yang mengajar dan ada hujah seperti nas Al’quran atau hadis atau ijmak ulamak yang muktabar (besar). Walau pun solah hajat sunat tapi ia sangat di hargai oleh allah dan amalan para ambiak, solihin dan tabien. Yang tak eloknaya tak nak buat lebih-lebeh lagi memperlekehkan atau mempersendakan orang buat solah sunat seperti solah sunat hajat.
semuga kita dirajinkan allah untuk beribadah fardzu dan diiringi dengan solah sunat wallahuaklam.